BAB 1
Sebuah teksi berhenti di sebuah pintu gerbang di mana di atasnya tertulis Villa Sri Manja yang ditulis dengan tulisan yang bersambung-sambung tetapi mudah di fahami. Seorang gadis yang duduk di bahagian belakang teksi itu turun dan berjalan perlahan-lahan menuju ke arah sebuah pondok pengawal yang terletak di sebelah pintu gerbang yang besar itu.
Teksi itu tidak dapat masuk ke dalam kawasan villa itu kerana disekat oleh sebatang palang yang berbelang hitam dan putih yang diletakkan melintasi jalan utama menuju ke dalam villa itu. Gadis yang menjadi pelanggan teksi itu keluar menghampiri pondok pengawal yang terletak bersebelahan dengan palang yang menghalang jalan itu.
“Cik nak ke mana?”
Seorang lelaki yang berpakaian kemas berwarna kuning bata serta bercermin mata hitam bertanyakan kepada gadis itu sejurus gadis itu tiba di hadapan pondok pengawal.
“Saya nak masuk.”
Jawab gadis yang sopan mengenakan baju blaus paras pinggang berwarna biru muda dan kain kembang labuh sedondon warnanya.
“Ke mana?”
Soal lelaki yang bertugas sebagai pengawal keselamatan itu bertanya lagi sambil menunjukkan peta kawasan villa yang seluas enam buah
“Villa ataupun pejabat?”
“Villa.”
Lelaki itu mendail beberapa nombor. Dia perlu meminta izin dari dalam rumah besar itu sebelum memberi orang lain masuk ke kawasan itu.
“Cik sila tinggalkan kad pengenalan sebelum masuk.”
Teksi yang datang bersama-sama gadis itu masuk ke dalam kawasan villa yang luas itu setelah diizinkan masuk oleh pengawal keselamatan yang bertugas. Kad pengenalan gadis itu disimpan di dalam sebuah bekas khas tanpa dilihat oleh pengawal terbabit.
“Pakcik, masuk lorong tengah tu, ya.”
Pinta gadis itu lembut.
“Anak nak ke mana? Pakcik dah biasa dengan tempat ni.”
Soal pemandu teksi yang telah biasa dengan tempat ini kerana sering membawa pelanggannya keluar masuk ke kawasan villa itu.
“Saya nak ke villa.”
“Kerja?”
“Tak, itu rumah saya.”
“Anak ni….?”
“Sayalah Sri Manja.”
Terkedu seketika pemandu teksi itu mendengar nama gadis itu. Macam tak percaya saja dengan apa yang didengarinya. Nama yang sering menjadi sebutan setiap kali pelanggan-pelanggannya masuk ke kawasan ini dan hari ini dia bertemu dengan pemilik nama itu.
“Eh, pakcik berhenti…berhenti…”
Pinta Manja selepas ternampak seekor kuda berwarna coklat berekor keperak-perakan mengekori teksi itu. Teksi itu terus berhenti seperti yang diminta.
“Pakcik, pakcik tahu
Jelas Manja sebelum teksi itu berlalu pergi meninggalkannya dengan seekor kuda yang mengekori teksi itu sejak teksi itu masuk ke kawasan villa itu.
“Silver, kamu ni macam dulu juga. Tak berubah langsung.”
Kata Manja kepada kuda kesayangannya itu. Binatang itu seperti dapat menghidu bau kepulangan tuannya. Manja berjalan bersama Silver menuju ke Villa Sri Manja yang terletak hampir dua kilometer dari tempat mereka berdiri.
Keadaan di sekitar Villa Sri Manja tidak banyak berubah. Pepohon Gajus dan Asam Jawa yang semakin tua menemani lorong-lorong kecil di sekitar villa itu. Manja sempat menyentuh lembut pokok-pokok di sepanjang laluannya menuju ke villa yang telah menjadi tempat tumpah darahnya itu.
Silver seperti tidak puas hati melihat tuannya asyik berjalan dan tidak mengiraukannya. Dia berdengus beberapa kali seperti memanggil tuannya. Manja yang menyedari kuda kesayangannya itu berdengus seperti memanggilnya berpaling ke arah kuda berwarna coklat itu. Gadis yang berambut panjang itu mengusap lembut kepala Silver sambil melemparkan sekuntum senyuman manis.
“Manja bukan tak nak naik tapi…”
Kata-kata Manja tidak dihabiskan dan dia meneruskan perjalanannya. Kuda itu masih tidak berpuas hati dengan jawapan tuannya itu. Dia terus menyondol Manja dengan lembut dengan harapan agar tuannya itu naik ke atasnya.
“Manja tak boleh naik sebab ni…”
Manja menyelak kainnya hingga paras lutut. Sepasang kakinya tidak sama, sebelah kiri normal tetapi sebelah kanan kakinya agak pelik. Warnanya juga jauh bezanya dengan warna kaki asal Manja.
Silver mencium kaki kanan tuannya itu kemudian memandang Manja dengan seribu kehairanan. Walaupun Manja menunjukkan kakinya yang cacat itu, bagi Silver tiada bezanya kerana dia tidak memahami apa yang ditunjukkan oleh tuannya itu.
Selang beberapa saat kemudiannya, Silver merendahkan badannya. Manja yang agak tersentak dengan perbuatan kudanya itu mengundur beberapa langkah. Dia hairan dengan tindakan kudanya yang tak ubah seperti memahami apa yang ditunjukkannya sebentar tadi itu.
Manja tersenyum bangga dengan tindakan kuda kesayangannya itu. Tidak semena-mena air matanya mengalir membasahi pipinya, terharu dengan perbuatan kuda kesayangannya itu. Dia melangkah lembut naik ke belakang Silver. Mereka meneruskan perjalanan ke Villa Sri Manja, sebuah banglo besar lagi lebar yang terletak di hujung kawasan yang luas itu.
Mereka tidak terus masuk ke villa sebaliknya Manja mengarahkan Silver ke pejabat dahulu dengan harapan dapat mengejutkan ayah dan abangnya dengan kepulangannya yang tidak dimaklumkan itu. Setibanya di hadapan pejabat yang menempatkan bahagian pengurusan Kilang Perabot Sri Jaya dan Perladangan Sri Jaya, lagi Silver merendahkan badannya bagi memudahkan tuannya turun.
“Kamu balik dulu, nanti orang marah pulak kamu duduk sini lama-lama.”
Bisik Manja kepada Silver. Takut pula dia jika Silver menjatuhkan najisnya merata-rata. Silver segera beredar setelah melihat Manja melangkah masuk ke perkarangan pejabat uatama itu. Manja melangkah perlahan menuju ke kaunter pertanyaan yang terletak di hadapan pintu masuk pejabat utama itu.
“Boleh saya bantu?”
Soal seorang gadis yang duduk di kaunter pertanyaan itu.
“Saya nak berjumpa dengan Dato Mazwan.”
Beritahu Manja sambil membalas senyuman yang dihulurkan kepadanya sebentar tadi.
“Dato ke ladang.”
Beritahu gadis itu dengan nada yang lembut.
“Kalau macam tu, Encik Munir ada?”
“
Manja menggelengkan kepalanya. Dengan sabar gadis itu mendail beberapa nombor yang terdapat pada telefon di hadapannya. Dengan tidak membiarkan Manja menunggu lama gadis itu terus membenarkan Manja masuk ke dalam pejabat sambil memberitahu lokasi bilik pejabat Encik Munir, pengarah urusan di situ.
Kalau tidak memberitahu lokasi pejabat Munir pun Manja boleh mencarinya sendiri. Walaupun sudah
Tiba-tiba langkahnya disekat oleh seorang wanita yang berbadan agak gempal dan bengis. Senyuman Manja tidak dibalas oleh wanita itu sebaliknya wanita itu menarik tangan Manja ke tepi dinding lorong yang menuju ke bilik Munir itu.
“Kamu nak ke mana ni?”
Soal wanita itu dengan garangnya.
“Saya…saya nak berjumpa dengan Encik Munir.”
Beritahu Manja, agak tergagap-gagap kerana takut dengan sergahan kuat wanita garang itu.
“Kamu ada temujanji dengannya?”
Manja menggelengkan kepalanya.
“Kalau macam tu kamu kena berjumpa dengan aku dulu, apa-apa urusan mesti melalui aku dulu, faham.”
Tengking wanita itu sekali lagi. Kelantangan suara wanita itu membuatkan pekerja-pekerja di pejabat utama itu mula mengkerumuni wanita itu dan Manja.
“Em…puan ni setiausaha Encik Munir ke?”
Soal Manja dengan lembut. Walaupun takut dengan wanita itu, Manja tetap memberanikan diri menyoal wanita itu.
“Cik, dia ni hanya kerani sumber manusia kat sini. Berlagak je lebih, jangan takut dengan dia.”
Kata seorang pekerja yang tidak gentar pun dengan wanita berbadan gempal itu.
“Kau jangan banyak cakap,
Marah wanita itu pula. Sementara itu pula Munir yang menunggu gadis yang telah diberitahu kepadanya tentang kedatangannya itu mengambil keputusan untuk keluar mencari gadis itu di luar akibat menunggu terlalu lama, mungkin tersesat, fikirnya.
“Dah, mari ikut aku. Buat temujanji dulu.”
Wanita berbadan gempal itu menarik tangan Manja dengan kasar supaya mengikutnya. Manja menolak permintaan wanita itu membuatkan wanita itu menolak Manja hingga jatuh terduduk.
“Itulah, lawan aku lagi.”
Kata wanita itu dengan lantang dan beraninya. Munir yang keluar dari celahan pekerja-pekerjanya terkejut dengan perbuatan wanita itu.
“Salma, apa yang kamu buat ni. Nak kena pecat ke?”
Marah Munir. Kelantangan suara Munir itu membuatkan wajah Salma bertukar pucat serta-merta. Itu bukan pertama kali dia bertindak kurang ajar dengan orang luar. Sudah beberapa kali diberi amaran oleh Munir dan Dato Mazwan tetapi dia tetap dengan egonya.
“Saya…saya…”
“Ah, diam.”
Munir membantu gadis yang ditolak oleh Salma itu.
“Adik,”
Terkejut Munir melihat kemunculan adik bongsunya itu di situ. Panggilan adik oleh Munir kepada Manja membuatkan semua pekerja terkedu.
“Salma, pergi kemas barang-barang kamu, bila saya pulang nanti saya tak mahu lihat lagi muka kamu kat pejabat ni, faham.”
Tegas Munir lalu memapah adiknya bangun lalu berjalan keluar dari pejabat. Semua orang gembira dengan arahan terbaru dari Munir itu. Orang yang paling dibenci di dalam pejabat itu bakal melangkah keluar dari pejabat itu selama-lamanya.
“ Itu pun abah.”
Munir menunding jarinya menunjukkan arah ayahnya yang sedang menyemak perabot-perabot yang telah siap dipasang. Manja berjalan perlahan-lahan menuju ke arah ayahnya dengan diperhatikan oleh Munir.
Munir hairan melihat cara adiknya melangkah. Langkahnya agak sumbang dengan kaki kanannya terkeluar sedikit dari normal. Manja juga tidak berlari seperti dulu, dalam hatinya menyangka adiknya itu mungkin penat kerana perjalanannya yang jauh atau mungkin akibat jatuh ditolak Salma tadi. Dato Mazwan meraba lembut tangan yang menutupi matanya. Sambil tersenyum Dato Mazwan
“Hm…Manja!”
Manja meleraikan tangannya yang menutupi matanya lalu berdiri di hadapan ayahnya sambil tersenyum riang. Dato Mazwan terus merangkul anak perempuan kesayangannya itu.
“Kenapa pulang tak cakap?”
Soalan yang sama disoal dari Munir itu disoal kembali oleh Dato Mazwan kepada Manja.
“Surprise.”
Jawab Manja dengan riangnya. Suara lembutnya itu membuatkan sejuk hati ayah dan abangnya mendengarnya. Mereka bertiga berjalan beriringan pulang ke villa. Dengan menaiki kereta kuda yang menjadi kenderaan utama di villa itu, mereka terus pulang tanpa singgah dimana-mana destinasi. Sepanjang perjalanan mereka bertiga asyik bertukar-tukar cerita.
“Abang, janganlah berhentikan Cik Salma tu. Kasihan dia.”
Pujuk Manja supaya abangnya itu tidak memberhentikan Salma yang berlaku kurang ajar kepadanya tadi. Munir tersenyum dengan kata-kata adiknya itu sambil mengangguk setuju.
Munir gembira melihat adiknya, walaupun
“Barang-barang ni bawa masuk ke bilik bawah tu.”
Arah Manja kepada pembantu rumahnya. Munir dan Dato Mazwan saling berpandangan sesama sendiri, hairan dengan arahan Manja itu.
Kebiasaannya Manja lebih suka tinggal di biliknya di tinggat atas di hujung villa itu tetapi kepulangannya kali ini membawanya tinggal di biliknya di tingkat bawah. Apabila ditanya, Manja menjawab untuk lebih dekat dengan keluarganya yang sudah
Suasana di dalam villa itu agak lengang dan sunyi. Sofa dan perabot di ruang tamu kelihatan tersusun rapi. Bunga-bunga segar menghiasi dan menyegarkan ruang yang tenang itu.
Manja mencari-cari datuknya yang tidak kelihatan. Mak Som, pengasuhnya keluar dari dapur menyambutnya. Manja memandang abangnya dan Munir mengangguk memandang Manja seperti inginkan kepastian itu. Manja memeluk Mak Som sejurus wanita itu menghampirinya. Mak Som agak hairan melihat perbuatan gadis itu mencium dan memeluknya dengan erat sekali.
“Sayang Mak Som.”
Kata Manja dengan gembiranya.
“Mana atuk?”
Soalnya pula.
“Biasalah, masa-masa begini kat ladanglah.”
Manja tersenyum mendengarnya. Begitu lancar sekali Mak Som menjawabnya. Mak Som mengarahkan pembantu rumah besar itu membawa air untuk menghilangkan dahaga penghuni-penghuni rumah yang baru pulang itu.
Pada masa yang sama kedengaran suara Dato Ahmad memanggil-manggil nama Manja di luar rumah. Manja yang mendengarnya bingkas bangun dan bersembunyi sambil memberi isyarat supaya merahsiakan kepulangannya itu.
“Mana Manja…aku dengar dia dah balik.”
Kata Dato Ahmad, termengah-mengah menghampiri anak dan cucunya.
“Ayah, siapa pulak yang beritahu ni?”
Soal Dato Mazwan kembali.
“Tadi…masa aku kat ladang, ada orang beritahu aku. Katanya cucu aku dah balik.”
“Mana ada atuk, atuk ni rindu sangat kat Manja, kut. Tu yang tiba-tiba merapu yang bukan-bukan tu.”
Munir mempermainkan datuknya sambil menarik tangan lelaki tua itu untuk duduk disebelahnya.
“Mungkin jugalah, aku ni rindu sangat kat Manja. Ambil telefon tu. Aku nak telefon cucu aku.”
Arahnya kepada Munir. Cermin matanya ditanggalkan dari matanya lalu diletakkan di atas meja. Tangan kirinya sibuk mendail nombor telefon bimbit Manja, sementara tangan kanannya mengesat matanya yang mengalirkan air mata rindunya terhadap cucu kesayangannya itu.
Dato Mazwan, Munir dan Mak Som saling berpandangan sesama sendiri. Rasa kesal timbul pula dalam hati mereka kerana mempermainkan Dato Ahmad. Manja keluar dari dapur membawa segelas air kopi kegemaran Dato Ahmad lalu menghulurkannya kepada datuknya.
“Terima kasih.”
Ucap Dato Ahmad dan matanya tidak pun memandang ke arah orang yang menghulurkan minuman itu kepadanya.
“Sama-sama.”
Balas Manja lalu duduk di sebelah Dato Ahmad sambil memeluk lelaki yang sudah banyak berkedut itu. Terkejut Dato Ahmad dengan kelakuan Manja itu.
“Manja…”
Dato Ahmad membalas pelukan Manja sambil mencium pipi dan dahi Manja.
“Oh, usik atuk ye…kenapa pulang tak cakap?”
“Serilah, atuk pun kahwin tak cakap kat Manja,
Kata Manja sambil memandang Mak Som dan tersenyum. Mak Som yang malu dengan pandangan Manja itu menundukkan wajahnya.
“Atuk takut Manja tak suka.”
“Mana boleh tak suka, kalau atuk tak kahwin dengan Mak Som pun Manja tetap anggapnya macam nenek Manja sendiri jugak.
No comments:
Post a Comment