Tuesday, March 24, 2009

musim cinta 42-43

BAB 42

Manja semakin pulih setelah dua hari berada di dalam jagaan Murni dan ayahnya. Seawal pagi Manja bangun untuk menyediakan sarapan untuk Murni dan Pak Abu.
“Hm…sedapnya bau.”
Tegur Murni yang baru muncul di muka pintu dapur itu.
“Manja, Manja kan masih belum sihat lagi. Tak payahlah masak-masak ni.”
“Tak apalah pakcik, Manja duduk kat rumah ni pun tak buat apa-apa jugak, bosanlah.”
Pak Abu mengalah dengan sikap Manja yang lembut dan ringan tulang itu. Mereka bertiga duduk bersarapan di meja makan yang usang itu sambil berbual-bual kosong.
“Manja, Manja tak rindukan rumah.”
Soalan Pak Abu itu membuatkan Manja terhenti dari terus menyuapkan nasi goreng ke mulutnya.
“Maafkan pakcik, pakcik tak ada niat apa-apa….pakcik cuma risau kalau-kalau keluarga Manja juga risaukan Manja sekarang ni.”
Terang Pak Abu kerana risau Manja akan menyalah anggap dengan pertanyaannya itu. Manja berhenti dari makan dan keluar dari rumah itu melalui pintu belakang rumah itu.
“Itulah ayah, nak soal benda-benda macam tu pun, tunggulah sampai habis makan dulu.”
“Ayah tak ada niatlah.”
Pak Abu mengekori Murni keluar dari rumah menuju ke arah Manja yang sedang termenung panjang merenung laut yang terbentang luas itu.
“Kakak, ayah tak ada niat.”
“Manja faham…”
Jawab Manja tersenyum.
“Pakcik, Murni…Manja tak ada keluarga, Manja ke sini bersama suami Manja….”
Manja mula menceritakan bagaimana dia boleh berada di dalam hutan tebal itu. Dia juga menceritakan kenapa dia beranggapan dia sudah tidak memiliki keluarga lagi.
“Mereka dah tentu-tentunya tak risaukan saya pun. Kalau saya pulang sekarang, nyawa saya mungkin terancam dan nyawa bayi dalam kandungan saya juga mungkin tidak dapat diselamatkan.”
Terkejut Murni dan Ayahnya mendengar kata-kata Manja itu. Rupa-rupanya mereka sekarang telah menyelamatkan dua nyawa. Bangga mereka seketika.
“Nak, anggaplah pakcik ni macam ayah anak sendiri. Selagi suami anak tak pulang ke rumah, anak boleh terus tinggal di sini.”
Alangkah gembiranya hati Manja mendengar kata-kata Pak Abu itu. Walaupun kehidupan Pak Abu dan anaknya itu hanya ‘kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang untuk menjaga Manja bukanlah menjadi beban kepada mereka.
“Terima kasih, pakcik. Saya pasti balas budi pakcik.”
Kata Manja gembira sambil memeluk Murni. Kini dirasakannya dia sudah memiliki sebuah keluarga yang baru.
“Oh, ya. Kakak, masa Murni jumpa kakak, benda ni ada bersama kakak.”
Hulur Murni kepada Manja. Manja mengambilnya lalu menciumnya.
“Benda apa ni, nak?”
Soal Pak Abu yang buta huruf itu.
“Ini ialah dokumen yang bakal menentukan harta suami saya akan jatuh ke tangan orang yang salah. Mariam dan Mastura sepastinya akan mencari saya hingga ke lubang cacing kerana dokumen ini.”
Kata Manja. Pak Abu dan anaknya saling berpandangan, mereka sememangnya tidak tahu dan faham langsung tentang harta dunia ini.
“Tak apalah, nak. Selama anak di sini anak selamat. Tak ramai yang tahu kami tinggal di sini. Pakcik pun hanya dua kali seminggu keluar ke pekan untuk menjual hasil hutan ni.”
Manja tersenyum mendengar kata-kata Pak Abu itu. Kini dia semakin lega kerana konco-konco Mariam dan Mastura semestinya tidak dapat mencarinya sampai ke situ.
Adam dan Rahmat terus keluar menyertai kumpulan polis keluar mencari Manja. Kini kumpulan polis berpecah keluar mencari Manja di segenap pelusuk kampung yang ada di pulau itu.
Adam mengikut polis mencari Manja di kampung yang paling dekat dengan hutan tebal itu. Walaupun dia tidak pasti isterinya berada di kampung itu, dikuatkan juga hatinya untuk terus mengikut kumpulan polis itu dengan harapan dia dapat perkembangan kehilangan isterinya itu melalui orang-orang kampung yang tinggal berdekatan dengan hutan itu.
Kumpulan-kumpulan polis mula berpecah menuju ke kampung-kampung yang dijangka mempunyai kebarangkalian Manja berada di situ. Seorang demi seorang penduduk kampung disoal serta ditunjukkan gambar Manja, namun tak seorang pun yang tahu atau pernah melihat kelibat gadis yang bernama Manja itu.
Murni yang baru pulang dari pasar itu berlari mendapatkan Manja. Dia ingin gadis itu melihat apa yang baru dilihatnya di pasar tadi.
“Kakak, jomlah kita tengok.”
Manja mengikut saja kehendak Murni itu. Dia juga berharap dapat maklumat mengenai suami ataupun Mariam dan anaknya itu. Dua orang perempuan itu bersembunyi disebalik semak untuk melihat perbuatan sekumpulan polis itu.
Malangnya mereka gagal untuk melihat wajah-wajah orang-orang yang bersama polis itu kerana mereka mula berangkat pulang sejurus dua orang gadis itu tiba di kawasan pasar itu.












BAB 43

Kekecewaan yang menimpa Adam tidak dapat diterimanya. Lelaki itu telah melakukan berbagai-bagai cara untuk mencari isterinya yang hilang. Dihebahnya melalui akhbar dan risalah, masih tidak berhasil. Ganjaran juga ditawarkan tetapi masih tidak berhasil.
Hari demi hari berlalu pergi, ada ura-ura mengatakan Manja telah meninggal dunia tetapi lelaki itu tidak percaya selagi dia tidak melihat kelibat mayat isterinya itu.
Teman-teman Adam juga risau melihat lelaki itu yang seolah-olah melupakan dunia kerana kehilangan isterinya. Abdul dipanggil semula kembali ke kediaman mewah itu setelah melihat Adam semakin hanyut di dunia fantasinya.
“Tuan, marilah kita makan.”
Pelawa Rahmat yang simpati melihat tuannya bermundar-mandir di hadapan telefon menunggu harapan yang tak mungkin menjadi kenyataan itu. adam tidak menjawab atau berpaling kepada Rahmat, Rahmat yang sedia maklum dengan sikap tuannya itu menarik tangan lelaki itu dan Adam hanya mengikut kehendak Rahmat tanpa membantah.

Di teratak pondok buruk Pak Abu pula, Manja semakin dapat melupakan kehidupan mewahnya. Pak Abu di ajar cari bercucuk tanam dan cara untuk menjual hasil tanaman itu. Dengan cara itu, mereka dapat meningkatkan pendapatan keluarga kecil itu.
Hari demi hari silih berganti dan bulan mula menjelang tiba tanpa dirasakan lamanya. Perut Manja semakin membesar, untuk persedian kelahiran Manja, Pak Abu telah banyak membuatkan persiapan. Kandungan yang mencecah 6 bulan itu semakin merisaukan Pak Abu kerana Manja kuat berjalan.
Sejak Murni mengajar dia dan anaknya bercucuk tanam, dua beranak itu tidak lagi ke hutan mencari buluh dan pendapatan keluarga mereka juga semakin bertambah. Rumah mereka juga mula berubah dari hari ke sehari. Selain dari bercucuk tanam dengan tanaman seperti sayur dan buah-buahan tempatan, Pak Abu juga ada turun ke laut mencari hasil laut yang telah menjadi sebahagian dari hidupnya.

Abdul yang banyak membantu Adam cuba melupakan peristiwa sedihnya itu. Dari hari ke hari lelaki itu dapat menerima keadaan yang isterinya mungkin tidak akan kembali lagi tetapi dia masih menyimpan harapan yang isterinya akan pulang juga suatu hari nanti.
Abdul membawa Adam dan teman-temannya belayar ke tanjung yang dahulunya sering menjadi tempat Adam melepaskan kepenatannya bekerja. Cadangan yang diterima Abdul itu dari teman-teman Adam itu ada baiknya juga, dengan cara itu mungkin fikiran Adam semakin tenang.
Setibanya di tanjung itu, Adam duduk di atas batu mengadap laut yang tenang dan damai itu. Jauh di sudut hatinya tetap menunggu kepulangan isterinya itu. Lelaki itu dibiarkan Abdul dan teman-temannya bersendirian. Walaupun dibiarkan bersendirian mereka tetap mememerhatikan Adam kerana bimbang Adam akan melakukan sesuatu diluar kawalannya.
Manja membawa Murni ke tanjung yang sama di mana suaminya pernah membawanya ke situ.
“Memang tenang kawasan kat sini, kan kakak.”
Manja mengangguk dengan kata-kata Murni itu. Murni tahu tentang tanjung itu kerana tidak jauh dari rumahnya, cuma dia tidak berani untuk ke situ bersendirian kerana kawasannya yang sunyi dan sepi. Manja dan Murni terus berjalan menyusuri pesisir pantai yang sesekali airnya menyapa lembut kaki dua gadis manis itu.
Tidak jauh dari tempat mereka berdiri Adam duduk termenung di atas batu yang tinggi dan tegap itu. Kedua-dua mereka terus merenung laut yang luas terbentang di hadapan mereka itu.
Tiba-tiba Manja terdengar satu suara menjerit memanggil namanya. Murni juga terkejut mendengar jeritan itu. Takut juga dia kalau-kalau bunyi suara itu adalah suara penunggu tanjung seperti yang pernah diuar-uarkan penduduk kampung di situ. Murni memegang erat lengan Manja.
“Jangan takut, kalau Murni takut...kakak lagi takut.”
Manja dan Murni mencari-cari pemilik suara yang menjerit-jerit memanggil nama Manja itu. Sesekali Manja dapat mengecam pemilik suara itu tetapi dek kerana suara itu tenggelam timbul kerana bercampur dengan desiran ombak yang kuat itu menyu-karkannya untuk mengecam suara itu.
“Kakak, tengok orang kat atas batu tu.”
Tunjuk Murni sambil memuncungkan mulutnya. Manja mengerutkan dahinya sambil merenung tajam kelibat manusia di atas batu yang dimaksudkan Murni itu. Mungkinkah orang itu yang menjerit-jerit memanggil namanya. Manja dan Murni memberanikan diri melangkah menghampiri manusia di atas batu itu.
Alangkah terkejutnya Manja apabila mendapati lelaki yang berdiri di atas batu itu adalah suaminya. Murni tergamam melihat Manja tersentak sebegitu rupa.
“Kenapa kakak?”
Soal Murni berbisik.
“Itu...itu suami kakak.”
“Maknanya dia masih hidup.”
Manja mengangguk. Manja berjalan ke depan sedikit untuk berdepan dengan suaminya.
“Hati-hati, kak. Depan tu ada air...takut dalam.”
Pesan Murni berbisik lagi. Manja mengangguk lagi. Gadis yang bakal bergelar ibu itu tersenyum puas melihat wajah kesayangannya. Akhirnya keyakinannya itu membuahkan hasil setelah dia melihat sendiri suaminya berdiri di hadapannya dengan selamat. Manja melangkah perlahan-lahan menghampiri Murni.
“Abang...”
Sapa Manja. Adam terkejut mendengar suara itu terus berpaling ke belakang. Alangkah terkejutnya lelaki itu apabila mendapati isterinya berdiri di belakangnya. Pelbagai soalan bermain dalam fikirannya tatkala memandang isterinya itu apabila dia melihat isterinya itu berdiri di hadapannya dengan selamat sedangkan makcik dan sepupunya telah mengaku yang mereka telah membunuh Manja.
Adam terjun dari batu setinggi 5 kaki. Ternganga mulut Manja dan Murni melihatnya. Adam terus memeluk Manja, gembiranya tidak terkata. Murni tumpang gembira melihat kebahagian yang terpancar di hadapan matanya itu. Pengalaman cinta yang tidak mungkin dilupakannya.
TAMAT

musim cinta 39-41

BAB 39

Sejak diselamatkan Abdul, Adam kini semakin sembuh. Ingin sekali dia bertanya khabar isterinya tetapi dia takut Mariam dan Mastura akan melakukan sesuatu terhadap isterinya jika dia tahu lelaki itu masih hidup.
“Hei, kenapa termenung ni?”
Soal Abdul sambil melabuhkan punggungnya di sisi Adam. Adam tersenyum sahaja memandang wajah Abdul yang sentiasa tersenyum itu.
“Saya rindukan Manja. Macam manalah keadaannya dia sekarang ni, ek.”
“Jangan risau, kan teman-teman kamu ramai di sana untuk menemani Manja. Abang yakin Manja pasti selamat di sana.”
Kata Abdul memberi semangat kepada Adam padahal dia sendiri risaukan adik angkatnya itu. Berdasarkan cerita Adam itu dia pasti Mariam lebih dahsyat dari Sofia.
Gagal mendapat Manja di kediamannya, keluarga kecil itu akhirnya mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Mereka mengambil keputusan untuk singgah ke rumah Abdul sebelum berangkat pulang ke kediaman mereka.
Sejak berjaya merawat Munir, Abdul kini dapat menerima kembali keluarga itu dengan baik. Tiada lagi syak wasangka dalam fikirannya, tiada lagi dendam yang tersirat didalam hatinya terhadap keluarga yang pernah menghinanya dahulu.

“Tak payahlah susah-susah masakkan lauk untuk kami.”
Kata Dato Ahmad apabila melihat Suraya mengeluarkan ayam dan daging beku dari ruangan atas peti sejuk.
“Malam ni Aya nak kita makan malam sama-sama.”
“Atuk, tinggallah kat sini lama sikit.”
Pujuk Abdul, lelaki yang berumur lebih dari sepuluh dekad itu mengangguk setuju. Tidak sampai hati ingin menolak pelawaan lelaki yang telah dianggap sebagai cucunya itu.
Menjelang malam semuanya mula berkumpul di meja makan untuk menikmati hidangan yang telah di masak Suraya petang tadi bersama-sama Mak Som.
“Aa, sebelum makan, Abdul nak kenalkan seorang lagi tetamu istimewa kita.”
Munir memandang datuk dan ayahnya sambil mengerutkan dahinya. Mereka mula menaka-neka siapakah tetamu istimewa itu.
“Kami kenal ke?”
Soal Munir inginkan kepastian.
“Kenal…kenal sangat-sangat.”
Jawab Suraya lembut tatkala Abdul telah pun hilang dari pandangan mereka. Beberapa minit kemudian Abdul muncul dengan membawa seorang lelaki berkerusi roda.
“Adam”
Munir, Dato Mazwan dan Dato Ahmad berdiri serentak terkejut dengan apa yang dilihat mereka itu. Adam yang disangka-sangkakan orang ramai telah meninggal dunia akibat kemalangan itu muncul di hadapan mereka.
“Kami yang jumpa dia di tepi pantai tempoh hari, kami bawa dia pulang. Kami bercadang nak laporkan pada pihak polis tentang penemuan Adam ni tapi Adam tak mahu demi keselamatan isterinya.”
Sekali lagi keluarga Manja itu terkejut apabila mendengar tentang keselamatan isteri Adam yang juga anak perempuan tunggal mereka.
Dato Ahmad berlari mendapatkan menantu cucunya itu lalu dipeluknya. Gembiranya tak terkata tatkala berjumpa dengan insan yang menyelamatkan maruah keluarganya dahulu.
Munir dan Dato Mazwan menghampiri Adam, mereka tanpa segan silu terus meminta maaf di atas kesilapan mereka dahulu. Adam seperti juga Manja begitu mudah memaafkan insan-insan yang dahulunya menghina dan menyakiti mereka.
“Jom, kita makan.”
Abdul mempelawa semuanya makan. Munir mengambil alih tugas Andul menolak kerusi roda Adam menuju ke meja makan. Malam itu mereka menikmati hidangan dengan riang dan gembira.
Begitu mudah mereka melupakan sengketa mereka yang dahulunya dimusnahkan oleh seorang gadis yang kuat cemburu dan iri hati yang tidak bertempat. Selepas makan malam Adam di bawa Munir menuju ke ruang tamu kediaman Abdul itu.
“Keluarga kamu dah tahu keadaan kamu sekarang?”
Soal Dato Ahmad. Adam menggelengkan kepalanya.
“Macam mana semua ni boleh berlaku?”
Soal Dato Mazwan pula ingin tahu. Adam mula menceritakan detik-detik terakhir bagaimana kemalangan yang hampir meragut nyawanya ini boleh berlaku. Dia juga memberitahu kemalangannya ini ada kaitannya dengan Mariam dan Mastura.
“Tak sangka kan, ibu saudara sendiri sanggup berbuat demikian.”
Kata Mak Som simpati.
“Kalau semua ni ada kaitan dengan mereka, Manja mesti dalam bahaya.”
Teka Abdul.
“Oh, patutlah masa kami pergi lawat dia semalam, ada seorang wanita dengan lantangnya mengatakan Manja dah mati.”
Adam berdiri mendengarnya. Dia yakin orang yang dimaksudkan Munir itu adalah Mariam, wanita itu berani melakukan apa sahaja demi harta dan dendamnya. Abdul terkejut melihat Adam berdiri.
“Adam, kamu….”
“Abang, Adam tak kira, Adam nak pulang sekarang jugak. Manja dalam bahaya, jika kita terlambat selamatkan dia, kata-kata Mariam pasti menjadi kenyataan.”
Berderau darah Munir dan Dato Mazwan mendengarnya. Mereka juga turut bimbang setelah mendengar kata-kata Adam itu. Nyawa Manja dalam bahaya dan mereka perlu pulang ke Pulau Triggo untuk menyelamatkan nyawa gadis cacat itu.










BAB 40

Dari siang membawa ke malam. Agak lama Manja cuba mencari jalan keluar dari hutan tebal itu tetapi malangnya tidak berjaya. Suasana semakin gelap dan itu membuatkan dia buntu untuk terus mencari jalan keluar.
Kerana kepenatan Manja akhirnya terlena di bawah sebatang pohon yang rendang di tengah hutan di dalam kegelapan malam yang hanya disinari samar-samar cahaya bulan itu.
“Macam mana perempuan tu boleh terlepas?”
Marah Mariam kepada pengikut-pengikutnya. Dua orang lelaki yang setia menunggu Manja sejak gadis itu dikurung di pondok buruk di tengah hutan di hujung pulau itu hanya mendiamkan diri, tidak berani menjawab kerana takut.
“Mak, dia bawak lari dokumen tu, macam mana ni, mak.”
Adu Mastura risau.
“Macam mana apa, cari jelah sampai dapat. Aku yakin dia tak boleh pergi jauh dengan keadaan dia macam tu.”
Tanpa berlengah lagi dua orang lelaki suruhan Mariam itu bergegas keluar dari pondok buruk itu mencari Manja dalam suasana malam yang suram dan dingin itu.
Tiba-tiba awan berarak mendung, sudalah suasana malam itu sememangnya gelap, mendung pun bukannya perasan pun. Sedar tak sedar guruh berbunyi kuat, diselang seli pula dengan kilat yang sabung-menyabung di ruang angkasa.
Manja tersedar dari lenanya. Sejuk yang menusuk ke tulang mengganggu lenanya, tambahan pula bunyi yang menggerunkannya di dada langit memaksa Manja bingkas bangun dan beredar dari situ.
Dalam kepenatan, Manja menguatkan dirinya meneruskan perjalanan dengan harapan dia terjumpa dengan tempat berteduh. Kerana tidak menjamah sebarang makanan sejak awal pagi tadi, badannya berasa lemah untuk terus melangkah.
Dalam beberapa saat sahaja hujan mula turun membasahi bumi dan dia semakin lemah untuk meneruskan perjalanannya. Kerana takut dengan bunyi dan suasana itu, Manja mula menangis teresak-esak.
Langkah sumbangnya semakin lemah hinggakan dia tidak mampu lagi untuk meneruskan langkahnya. Sedar tak sedar gadis itu akhirnya jatuh pengsan, bersendirian di tengah-tengah hutan yang tiada berpenghuni. Malam terus berlalu bersama hujan yang turun tanpa henti, Manja juga turut basah kuyup akibat disimbahi hujan yang tanpa henti malam itu.

“Ayah, sejuk betullah pagi ni, kita tak payahlah masuk jauh sangat.”
Pinta Murni, gadis kampung yang sering mengikut ayahnya masuk ke dalam hutan mencari buluh untuk dijadikan lemang. Murni dan Pak Abu akan masuk ke dalam hutan sekali dalam seminggu untuk mencari buluh-buluh yang sesuai mengikut permintaan pelanggan.
Tiba-tiba Murni menjerit memanggil ayahnya apabila dia terlihat sekujur tubuh seorang gadis terlentang di atas tanah hutan yang lembab itu.
“Ayah…cepat datang…tolong…”
Jeritan Murni menakutkan Pak Abu. Dia yang menyangka anaknya itu mendapat kemalangan itu bergegas meninggalkan kerjanya lalu berlari mendapatkan anak tunggal nya itu.
“Kenapa…kenapa, nak?”
“Ni, tengok ni, oranglah…ayah.”
Beritahu Murni sambil menghampiri gadis yang tidak sedarkan diri itu.
“Murni, hati-hati nak.”
Beritahu Pak Abu apabila anaknya cuba memalingkan badan gadis yang terlentang itu.
“Dia masih hidup ke?”
Murni mengangguk menjawab pertanyaan ayahnya itu.
“Ayah, kitra kena bawak dia pulang, kita kena selamatkan dia.”
Pinta Murni. Pak Abu mengangguk bersetuju dengan cadangan anaknya itu. Ketika Murni dan Pak Abu cuba memapah gadis itu mereka terkejut melihat kaki gadis itu yang tidak sama.
“Ayah, dia cacat.”
Pak Abu mengangguk. Walaupun terkejut dengan keadaan gadis itu mereka dengan penuh berhati-hati membawa gadis itu pulang ke teratak buruk mereka yang terletak di hujung hutan tebal itu.
Selang dua jam kemudian Manja tersedar dari pengsannya. Alangkah terkejutnya gadis itu apabila dia menyedari dia berada di dalam sebuah bilik yang usang.
“Kakak, berehatlah. Kakak masih lemah.”
Manja yang melihat Murni yang duduk di sebelahnya mengundurkan dirinya.
“Kakak jangan risau, kakak sekarang ni berada kat rumah Murni. Murni dan ayah yang bawak kakak keluar dari hutan tu.”
Murni sedikit lega dengan penerangan itu. mendengar kata-kata itu, kini baru dia faham bahawa dia telah keluar dengan selamatnya dari hutan tebal itu. Gadis itu merebahkan kembali badannya ke katil. Murni mengusap lembut rambut Manja dengan tuala lembab. Belaiannya yang lembut itu membuatkan Manja akhirnya terlena.
“Kakak, kakak jangan takut… kakak selamat kat sini. Kakak buat apa sorang-sorang dalam hutan tu, setahu Murni tak ada orang tinggal dalam hutan tu. Rupa kakak ni pun bukan biasa kat kampung ni, kakak ni mesti orang luar kan.”
Murni yang menunggu jawapan dari Manja itu melihat mata Manja yang telah pun tertutup rapat itu.
“Lah, dah tidur rupanya…”
Murni ketawa sendirian. Rupa-rupanya dia berceloteh sendirian tanpa dihiraukan oleh Manja. Dia tidak menyalahkan gadis cacat itu memandangkan dia faham keadaan Manja sekarang, penat dan keletihan.

Adam dan keluarga Manja mula bertolak dari kediaman Abdul ke Pulau Triggo. Abdul dan isterinya tidak melepaskan peluang ke pulau itu, mereka juga ingin turut serta berjumpa dengan Manja yang sekian lama terpisah dari mereka.
“Adam, abang yakin Manja seorang gadis yang kuat dan tabah dia pasti dapat mengatasi semuanya ini dengan berani.”
Pujuk Munir setelah melihat Adam agak keresahan sepanjang perjalanan mereka ke Pulau Triggo. Adam semakin resah setelah mendapat maklumat dari kediamannya yang menyatakan Manja kemungkinan diculik Mastura dan ibunya.
“Tapi bang, Manja berbadan dua. Dia tak mampu untuk mengatasi masalah ni bersendirian.”
Alangkah terkejutnya Munir dan ahli keluarga Manja yang lain setelah mendapat khabar berita itu. Gembira bercampur risau mula menyelubungi perasaan mereka, kini mereka mula faham dengan perasaan Adam sekarang ini.

Mariam dan Mastura terus diekori pihak polis tanpa pengetahuan mereka berdua. Sejak mereka berdua kehilangan Manja, dua beranak itu tidak lagi masuk ke pondok usang di dalam hutan di Pulau Triggo itu. Pihak polis hampir kecewa setelah seminggu pemerhatian mereka tidak membuahkan apa-apa hasil yang boleh dibanggakan.
“Tuan, saya fikir kita kena ubah rancangan kita ni, puan Manja mesti dalam bahaya.”
“Tidak, kita tidak boleh buat apa-apa sekarang ni. Puan Mariam dah ada rekod polis, dia mesti akan mencederakan mangsa jika dia tahu kita mengekorinya.”
Pada hari ke lima, Mastura dan ibunya akhirnya masuk kembali ke tempat persembunyian mereka di tengah-tengah hutan tebal itu. Pihak polis yang mengekori dua beranak itu gembira dengan perkembangan terbaru itu.
“Puan, kami percaya Puan Manja dah mati, mungkin dah dimakan oleh binatang buas.”
“Aku tak percaya selagi aku tak lihat dengan mata aku sendiri mayat perempuan sial tu.”
Marah Mariam. Suaranya yang lantang itu jelas kedengaran hingga ke luar pondok. Polis yang telahpun membuat kepungan di sekitar pondok itu akhirnya menyerbu masuk menangkap semua yang ada di dalam pondok usang itu.
Mastura meninggalkan ibunya dan cuba melarikan diri melalui tingkap tetapi dia tidak berjaya meloloskan diri apabila polis berjaya menangkapnya. Mariam pula mengamuk seakan-akan dirasuk. Pihak polis mengabaikan sahaja perbuatan bodohnya itu dan terus membawanya keluar dari hutan itu dengan di gari rapi.














BAB 41

Setibanya Adam dikediamannya, dia terhinjut-hinjut melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan bantuan topang ketiak. Ahli keluarga Manja dan Abdul bersama isterinya hanya mengokori Adam dari belakang.
“Baba...Mami…”
Adam menjerit memanggil kedua orang tuanya.
“Ana…Ani…mana korang semua ni.”
Adam memanggil pula teman-temannya, namun tiada balasan dari mereka. Adam hampir kecewa, air mata jantannya mula mengalir membasahi pipinya yang mula ditumbuhi jambang itu.
Lelaki itu merebahkan badannya ke lantai marmar rumah mewah itu. Abdul dan Munir berlari mendapatkan Adam yang terjelupuk ke lantai sambil menangis itu.
“Abang, kenapa nasib saya macam ni. Mana semua orang ni…kenapa perlu saya sendirian...tanpa mereka saya yatim piatu, bang…yatim piatu.”
Adam mengadu nasibnya yang sangkanya cukup malang itu. Air matanya terus membasahi pipinya dan tumpah ke lantai.
“Adam…Adam bukan sendirian, kami kan ada, kami kan keluarga Adam jugak.”
Pujuk Munir. Adam terharu dengan kata-kata Munir itu lalu memeluk lelaki itu.
Rahmat yang membawa Pak Khalid dan Amina pulang dari balai polis itu terkejut melihat beberapa orang yang tidak dikenali mereka berkumpul di dalam rumah mereka.
“Eh, ni kenapa ramai-ramai ni? Siapa kamu semua ni?”
Soal Amina kehairanan. Semua tetamu berpaling ke arah suara yang bertanya itu. apabila Pak Khalid melihat Adam yang terjelupuk di lantai itu, air mata tuanya mula mengalir deras.
“Adam…”
Lelaki tua itu berlari mendapatkan anak asuhannya itu lalu dipeluk dan diciumnya. Alangkah gembiranya hatinya apabila berjumpa semula dengan anak yang disangkanya telah mati.
“Syukurlah kau masih hidup...”
Rahmat yang juga terkejut melihat tuannya itu bergegas mendapatkan rakan-rakannya yang juga baru pulang dari balai polis itu. Semuanya berlari mendapatkan tuan mereka dan dalam sekelip mata sahaja semuanya mula mengkerumuni Adam. Ada yang memeluknya dan ada yang mengusap bahu lelaki yang paling disayangi mereka itu.
“Bang, Adam sememangnya bukan yatim piatu bang, dia sememangnya seorang lelaki yang kaya. Beruntung cucu kita kahwin dengannya.”
Ujar Mak Som dan Dato Ahmad mengangguk setuju. Tanpa disedari mereka, air mata mereka juga turut menitis apabila menyaksikan pertemuan kembali Adam dan keluarga besarnya itu. Adam sememangnya kaya dengan kasih sayang.
“Ani…kamu yang paling rapat dengan Manja, mana dia?”
Soal Adam sayu kepada Ani yang sememangnya paling rapat dengan Manja. Ani tertunduk, dia tidak mampu melihat kesayuan Adam yang terserlah pada wajahnya itu. Ani mengeluarkan sekeping nota dari poket uniform-nya lalu dihulurkan kepada Adam.
“Maafkan saya tuan, saya tak mampu jaga puan dengan baik.”
Kata Ani dan seraya dengan itu dia mula menangis teresak-esak.
“Ani, saya tak salahkan awak, kita sama-sama cari Manja, key. Saya pasti dengan kudrat yang kita ada Manja pasti dapat diselamatkan.”
Dato Ahmad bangga dengan Adam yang dapat menenangkan kawan-kawannya sedangkan dia sendiri juga teramat risaukan Manja.
“Tekaan puan tepat, Puan Mariam dan Cik Mas sememangnya ada kaitan dengan kemalangan tuan, dia kini berada di balai polis untuk membantu siasatan.”
Beritahu Rahmat kepada tuannya setelah melihat Ani tidak mampu lagi untuk menceritakan apa yang berlaku di dalam rumah itu semenjak ketiadaan Adam.
“So, mana Manja sekarang ni?”
Soal Adam inginkan kepastian.
“Kami gagal dapatkan puan yang dikurung Puan Mariam dan Cik Mas. Puan Manja terlepas dan polis masih mencari puan di dalam hutan tu. Rakan-rakan kita pun ada membantu pihak polis mencari puan.”
Terdiam seketika Adam mendengarnya. Sekali lagi dia terjelupuk ke lantai, kecewa dengan dirinya sendiri kerana gagal melindungi isteri kesayangannya. Masing-masing cuba menenangkan Adam yang sememangnya hampir berputus asa dengan nasib yang menimpanya itu.
Tiba-tiba Adam berdiri dan berjalan terhinjut-hinjut keluar dari kediamannya. Semua mata yang memandang Adam hairan dengan sikap lelaki itu. Mereka mengekori Adam hingga ke luar rumah.
“Tuan, tuan nak ke mana tu?”
“Saya nak keluar cari Manja, Manja amat memerlukan saya sekarang.”
Kata Adam teresak-esak. Sendunya membuatkan rakan-rakannya turut menangis bersamanya.
“Tuan, dah lewat ni. Esok kita sama-sama keluar cari puan, ya.”
Adam mengangguk bersetuju dengan cadangan Rahmat itu.

Sepanjang malam Adam tidak dapat melelapkan matanya. Dia asyik bermundar-mandir di dalam biliknya. Berpusing ke kanan, wajah Manja terbayang di mata, berpusing ke kiri kenangan Manja mengusik kalbunya.
Adam semakin resah mengenangkan nasib yang menimpa isterinya, sakitnya yang semakin berkurangan dirasakan semakin berat. Dia bagaikan hilang keyakinan untuk terus hidup memandangkan nasib yang menimpa isterinya tidak diketahuinya.
Adam berjalan keluar ke beranda biliknya lalu dilabuhkan punggungnya ke buaian rotan di beranda itu. Tanpa disedarinya dia mula terlena di atas buaian itu sambil menitiskan air mata jantannya.
“Abang…”
Suara itu mengingatkan dia pada seseorang. Matanya cepat-cepat dibukanya. Alangkah terkejutnya lelaki itu apabila melihat wajah isterinya yang berseri-seri sedang menguntumkan senyuman kepadanya.
“Manja…Manja ke ni?”
“Yalah, Manjalah ni. Siapa lagi. Abang, kenapa tidur kat sini. Sejuklah, mari Manja temankan abang tidur kat katil.”
Manja menemani suaminya itu ke katil. Gadis itu menyelimut Adam sejurus lelaki itu melabuhkan badannya ke katil.
“Abang tidur, okey. Esok kita sembang lagi.”
Adam mengangguk setuju, Manja mengusap lembut kepala suaminya sehingga lelaki itu terlena lagi.
Apabila Adam membuka matanya, dia tersedar dia berada di tempat berbeza dari tempat dia terlena malam tadi. Cuaca juga sudah berubah dari malam ke siang. Lelaki itu mula yakin dan pasti orang yang dijumpainya semalam adalah isterinya.
Adam menjerit-jerit memanggil isterinya. Namun itu semua tiada balasan. Lelaki itu akhirnya mengambil keputusan untuk mencari di luar biliknya pula. Rahmat yang terkejut mendengar jeritan tuannya itu bergegas mendapatkan lelaki itu.
“Tuan, kenapa ni?”
“Mat, Manja pulang…semalam dia berbual-bual dengan saya.”
Rahmat tertunduk mendengar cerita tuannya itu. Namun igauan itu perlu dihentikan demi kesihatan tuannya itu.
“Tuan, puan belum pulang lagi. Tuan pergi bersiap, kita pergi balai polis ikut polis cari puan, okey.”
Adam kecewa mendengar kata-kata Rahmat itu. Lelaki itu berpatah balik ke biliknya dengan kecewanya dan bersiap untuk keluar mencari Manja. Kecewanya Adam membuatkan keluarga Manja turut simpati dengan nasib Adam itu.
Adam kelihatan lebih kecewa berbanding keluarga Manja sendiri. Perkara itu membuatkan Dato Ahmad dan Dato Mazwan berbangga dengan sikap Adam itu.

musim cinta 37-38

BAB 37

Manja tersedar dari pengsan itu mula membuka matanya. Dilihat di sekitarnya, sangat menakutkan dengan suasananya yang suram dan sunyi itu serta keadaan bilik yang tertutup. Manja mula takut, gadis itu mengengsot ke suatu sudut bilik itu lalu duduk memeluk kakinya.
“Tempat apa ni?”
Soalnya sendirian. Gadis yang takut dengan suasana gelap itu mula menitiskan air mata. Manja menutup matanya rapat-rapat dan berdoa agar hari siang cepat menjelma. Tanpa disedarinya, dia mula terlena di suatu sudut bilik yang gelap itu.
Menjelang siang, matahari mula menerangi suasana bilik pegap itu. Cahaya terang yang menembusi ruang dari celah-celah dinding kayu itu mengejutkan Manja dari lenanya. Tiba-tiba telinganya menangkap perbualan beberapa orang lelaki di luar bilik kurungannya itu.
“Apa faedahnya Cik Mas tu kurung perempuan tu, ah?”
“Entahlah, yang aku tahu lepas perempuan tu turunkan tandatangan, kita kena hapuskan perempuan tu.”
“Tapi aku tak sampai hatilah. Kita diarahkan untuk menculik je bukan membunuh.”
“Itu aku tak tahu, kalau kita tak bunuh dia lepas dapat tandatangan tu, kita pulak yang kena bunuh.”
Manja mula takut mendengarnya. Dia tak akan izinkan nyawanya diambil begitu sahaja. Dia tidak hairan dengan semua harta-harta itu tetapi apa yang penting sekarang ini adalah nyawa anak dalam kandungannya itu.
Kini Manja faham kenapa dia dikurung. Gadis itu mula mencari jalan untuk keluar dari kurungan itu. Akhirnya Manja terjumpa dengan sebuah pintu rahsia di lantai bilik kayu itu. Untuk membukanya dia memerlukan sesuatu untuk mengopaknya.

Dikediaman mewah Adam pula, Ani mengambil keputusan untuk terus ke balai polis tanpa memberitahu kepada sesiapapun terlebih dahulu kerana takut Mariam dan Mastura mengesyakinya.
“Kami akan siasat kes ini dengan segera, cik jangan bimbang tentang perkara ini.”
“Encik, encik kena cari puan saya tu dengan segera, dia takut dengan gelap. Semalam pun saya tak tahulah macam mana keadaan dia.”
Beritahu Ani risau.
“Tapi cik, kami tak boleh terus tangkap Puan Mariam dan Cik Mastura. Kalau mereka terus di tangkap, peluang untuk mendapatkan Puan Manja kembali tipis.”
Ani tertunduk sambil mengangguk tanda faham. Kini dia serahkan segala-galanya kepada pihak polis. Gadis pulau itu yakin pihak polis mempunyai cara mereka tersendiri untuk menyelamatkan Manja dari kurungan Mariam dan Mastura.







BAB 38

Abdul kini sudah sebulan bergelar suami kepada Suraya, seorang gadis pantai timur dan kini mereka menetap di Kampung Pantai, kampung halaman Suraya memandangkan Abdul bertugas di situ. Pasangan ini menghabiskan masa cuti mereka di rumah sahaja memandangkan Abdul yang sering sibuk dengan tugasnya itu.
“Abang, kemalangan yang membabitkan jutawan muda tu berlaku tidak jauh dari pantai ni, kan.”
Abdul mengangguk mengiyakan kata-kata isterinya itu. Sejak berita kemalangan helikopter persendirian itu tersiar di dada-dada akhbar dan televisyen, Suraya sering mengikuti perkembangan dari masa ke semasa. Dia juga turut berdoa agar orang terakhir di dalam helikopter yang masih belum dijumpai itu hidup.
“Kasihan dia, Aya rasalah kan bang, kemalangan tu mesti ada perancangnya. Aya berdoa agar orang yang merancang semua ni mendapat balasan yang setimpalnya.”
Abdul yang melihat kesungguhan isterinya itu mengusap lembut bahu isterinya itu. Dia tahu isterinya itu agak sensitif dengan isu-isu penganiayaan sebegitu.

“Tapi kita tak tahu Manja tinggal di mana.”
Kata Dato Ahmad risau dan berbaur kecewa. Munir termenung panjang, dia sendiri runsing memikirkannya. Kebiasaannya apabila Manja menelefon datuknya dia akan menggunakan nombor persendirian dan perkara itu membuatkan sesiapa sahaja sukar untuk menjejakinya.
“Ayah dah dapat alamat Manja melalui pihak media, esok kita boleh ke sana.”
Kemunculan Dato Mazwan membawa khabar gembira itu menceriakan Munir yang amat-amat merindui adik tunggalnya itu. Munir bergegas bangun tetapi masih dalam keadaan lemah menuju ke biliknya untuk bersiap menuju ke pulau yang menjadi kediaman adiknya itu. Dato Ahmad dan Dato Mazwan tersenyum melihat telatah Munir seakan-akan anak kecil itu.

Keceriaan pasangan pengantin baru itu menghabiskan masa cuti mereka di pantai berhampiran kediaman mereka dikejutkan dengan penemuan seorang lelaki terlentang di tepi pantai yang dingin itu.
“Eh, abang…oranglah tu.”
Suraya terkejut melihat sekujur tubuh manusia terlentang di persisir pantai. Abdul bergegas mendapatkan lelaki yang terlentang dalam kesejukan itu. Suraya berdiri di belakang suaminya hanya membisu melihat suaminya itu memusingkan badan seorang lelaki yang entah tidak ketahui hidup atau matinya.
“Aya, lelaki ni hidup lagilah.”
Alangkah terkejutnya pasangan itu apabila melihat lelaki yang mereka baru selamatkan itu.
“Eh, inilah jutawan muda yang Aya katakan tu.”
Kata Suraya ang dahulu melihat kelibat lelaki yang terlentang di hujung pantai itu.
“Inilah Adam, suami Manja.”
Balas Abdul pula seraya mendukung lelaki itu lalu membawanya pulang. Lelaki itu perlu diselamatkan demi kebahagian adik angkatnya dan dia perlu membongkar segala misteri kemalangan yang membabitkan lelaki itu.

Di dalam hutan yang tebal di pulau yang menjadi kediaman Adam sejak kecil lagi itu, Manja terus berusaha mencari jalan keluar dari dalam sebuah bilik kayu yang sudah dua hari menjadi tempat kurungannya itu.
Tiba-tiba gadis yang bakal bergelar ibu itu dikejutkan dengan kuakan pintu yang kuat. Manja berundur lalu menyandar di dinding kayu yang usang itu. Kemunculan Mastura dan Mariam mengejutkan gadis cacat itu.
“Apa kamu berdua nak, hah?”
Soal Manja berani walaupun hilai tawa dua beranak itu agak menakutkannya.
“Kenapa aku di kurung? Kamu berdua ni tak takut undang-undang ke, hah.”
“Undang-undang? Hahaha.…..”
Mereka berdua tertawa lagi. Hilai tawanya membuatkan rumah usang itu bergegar dibuatnya.
“Rileks, mari aku terangkan…”
Mastura menarik tangan Manja kasar menuju ke suatu sudut yang agak terang di pondok buruk itu.
“Aku nak kau turunkan tandatangan kau kat sini. Tak susahkan.”
Manja merampas dokumen itu lalu membaca tajuknya. Matanya kemudiannya memandang Mastura tajam.
“Kau nak aku pindah kuasa kepada mak kau. Tak ada maknanya, suami aku masih hidup, aku akan buat apa-apa.”
Mariam yang mendengarnya ketawa terbahak-bahak. Mastura memandang ibunya dengan satu pandangan yang baginya kata-kata Manja itu cukup kelakar.
“Hei, dengar sini. Suami kau tu dah mati, kami yang bunuh dia. Tau. Sekarang aku nak kau tandatangan dokumen tu sebelum aku naik angin.”
Manja terkejut mendengar pengakuan itu. Dia tahu jika dia turunkan juga tandatangan seperti kemahuan Mariam itu, maka maut bakal menjemputnya. Gadis itu merentap dokumen ditangan Mastura itu lalu membalingnya jauh-jauh. Mariam naik marah dengan perbuatan Manja itu lalu menampar gadis itu dengan sekuat-kuat hatinya. Terduduk Manja akibat tamparan yang kuat itu.
“Tengok, kau dah buat mak aku marah. Jangan….jangan sesekali buat mak aku marah. Buruk padahnya tau.”
Kata Mastura lembut tetapi cukup menyakitkan.
“Tak apa mak, kita tinggalkan dokumen tu kat sini. Biar dia sendirian, lama mana dia boleh duduk sini sorang-sorang. Nanti dia akan tandatangan jugak dokumen tu.”
Pujuk Mastura lembut. Mariam berfikir sejenak kemudian mengangguk setuju dengan cadangan anak perempuannya itu. Dalam masa beberapa saat sahaja Manja kini ditinggalkan bersendirian di dalam bilik yang suram itu.
Sejurus selepas Mariam dan anaknya meninggalkan Manja bersendirian, gadis itu terus mencari jalan keluar dari bilik usang itu. Dengan berbekalkan cahaya matahari yang menembusi celah-celah pagar kayu itu Manja terus meraba-raba lantai setelah dia merasakan sebentar tadi ada sebahagian lantai yang berbonjol.
Akhirnya tangannya berhenti dari meraba apabila gadis itu berjumpa dengan apa yang dicarinya. Dia cuba mencari puncanya dengan harapan papan lantai yang berbonjol itu dapat dibuka. Manja mencapai sudu besi yang ditinggalkan bersamanya selepas makan pagi tadi lalu diumpilnya papan itu dengan menggunakan sudu besi itu.
Papan itu akhirnya terumpil lalu Manja dengan bersungguh-sungguh meloloskan dirinya dengan berhati-hati. Gadis itu tidak melupakan untuk membawa sekali dokumen yang telahpun ditandatangani suaminya itu. Dia tahu dokumen itu amat berharga bagi Mariam dan Mastura.
“Nak, kamu mesti kuat. Kita mesti tinggalkan tempat ni demi nyawa kita.”
Pesan Manja sambil mengusap perutnya sebelum dia melangkah keluar dari rumah usang itu. Cahaya matahari memancar terik, alangkah gembiranya rasa hatinya kerana dapat menikmati lagi cahaya alam semulajadi itu.
Dengan sepenuh kudrat yang ada Manja terus melangkah mengikut kakinya tanpa arah tujuan, apa yang pasti dia perlu pergi jauh dari pondok usang itu dengan harapan Mastura dan ibunya tidak dapat menjejaknya lagi.

Dua hari selepas mendapat alamat tempat tinggal Manja dan suaminya, Munir bersama ayah serta datuk dan neneknya berangkat ke Pulau Triggo yang merupakan salah sebuah pusat pelancongan di Malaysia itu.
Perjalanan yang memakan masa hampir satu hari itu amat memenatkan keluarga kecil itu, namun itu semua tidak menjadi halangan bagi mereka bagi bertemu dengan insan yang amat-amat mereka rindui itu.
Loceng ditekan beberapa kali tetapi tiada balasan dari dalam. Munir hairan dengan perkara itu, kenapa rumah sebesar itu tiada orang, ke mana mereka semua pergi.
“Kamu cari siapa?”
Muncul seorang wanita yang berpakaian agak seksi, tidak sesuai sekali dengan usianya.
“Er…inikah rumahnya Manja?”
“Ya, tapi dia tak ada. Dah mati agaknya.”
Kata wanita itu dengan kasar dan kurang ajarnya. Tersentak semua ahli keluarga Manja itu mendengarnya. Sampai begitu sekali wanita itu menghina Manja.
“Kamu ni siapa, kenapa kamu kata begitu pada cucu aku?”
Marah Mak Som sambil melangkah ke depan berhadapan dengan wanita yang baru sebentar tadi menghina Manja.
“Aku mak saudara Adam, kerana sial cucu kamu tulah, Adam ditimpa kemalangan.”
Tuduhnya lagi, kali ini nadanya bertukar menjadi sedih.
“Cucu aku sial ataupun kau yang rancang semua ni.”
Tuduh Mak Som secara tidak sengaja. Sakit betul hatinya dengan tuduhan yang dilemparkan Mariam itu kepada Manja.
“Apa kau tahu pasal sial, hah.”
Mariam menangis lagi. Berpura-pura, namun air mata tuanya tetap mengalir laju. Mastura muncul, tiba-tiba di sisi ibunya setelah mendengar riuh-rendah suara ibunya berbual dengan suara-suara yang tidak dikenalinya.
“Mak, kenapa bising-bising ni?”
“Ni hah, mereka cari Manja.”
Jawab Mariam sambil menangis, berubah wajah Mastura tatkala mendengar nama itu. Munir perasan dengan perubahan wajah perempuan seksi itu. Mana tak perasan, mana-mana lelaki pun akan memandang gadis seseksi itu jika gadis itu berdiri di hadapannya.
“Dah, dah….berambus kamu semua dari sini. Manja dah tak ada….dia dah mati.”
Kata Mariam dan Mastura sibuk menarik tangan ibunya masuk kerana bimbang ibunya kana tersilap cakap di hadapan keluarga Manja itu.

musim cinta 35-36

BAB 35

Berat hati Adam untuk ke Terengganu memandangkan keadaan isterinya yang kini berbadan dua itu. Namun kerana tanggungjawab pada kerja dan kerana ingin mencari rezeki demi keturunannya itu dia rela.
“Ya, lepas mesyuarat nanti abang terus pulang.”
Beritahu Adam kepada isterinya melalui panggilan telefon. Adam menggunakan helikopter peribadinya untuk berbincang mengenai perniagaannya dengan sebuah resort di Terengganu yang bakal menjadi salah sebuah tempat perhentian kapal mewahnya itu.
“Okeylah sayang. Bisinglah bunyi helikopter ni, nanti abang sampai abang call lagi.”
Adam menamatkan panggilannya.
“Tuan, kenapa Tuan tandatangan dokumen yang diberikan Mas tadi tanpa membacanya terlebih dahulu?”
Soal Mahmud, pembantu pengurus di chaletnya. Soalan Mahmud itu membuatkan Adam terfikir sejenak. Betul juga kata lelaki itu, entah kenapalah dia cepat-cepat menandatangani dokumen itu sedangkan dia bukan begitu sebelum ini. Mungkin fikirannya sekarang hanya pada isterinya itu. Rungsing dan tak menentu.
“Saya rasa tak ada apa-apalah, lagipun Mas kata tadi itu semua bil-bil tentang restorannya saja.”
Kata Adam untuk menyedapkan hati pekerjanya itu dan hatinya sendiri.
“Bil? tengah-tengah bulan ni.”
Terdiam Adam seketika mendengarnya. Tiba-tiba keadaan menjadi huru-hara, helikopter yang dinaiki mereka mula bergegar.
“Kenapa ni?”
Soal Adam kepada pemandunya.
“Tuan, minyak kita tiba-tiba low, hairan setahu saya…saya dah penuhkannya tadi.”
Terang pemandu helikopter itu. Adam dan Mahmud dipakaikan beg yang mengandungi payung terjun. Dalam beberapa minit sahaja, helikopter yang dinaiki Adam dan Mahmud itu terhempas ke dalam laut.
Berita tentang kemalangan itu terus disampaikan oleh unit kawalan udara yang terus melaporkannya kepada pihak berkuasa. Pihak yang berkuasa terus melakukan operasi mencari dan menyelamat.
Manja keluar dari biliknya selepas berbual dengan suaminya melalui telefon bimbitnya sebentar tadi. Ketika melalui bilik Mariam, dia terdengar perbualan wanita itu dengan anaknya. Kerana curiga Manja dengan beraninya mencuri dengar perbualan itu dan merakamnya dengan menggunakan telefon bimbitnya.
“Mak, kan mak dah janji mak tak kan membunuh lagi.”
Kata sofia dengan nada yang agak takut.
“Mak terpaksa, kamu dah dapatkan tandatangan Adam?”
Kata Mariam dengan yakin. Dia sedikit pun tak rasa bersalah dalam hal ini.
“Dah, sekarang kita hanya perlukan tandatangan Manja sahaja lagi. Semua harta Adam akan jadi milik kita.”
Tersentak Manja mendengarnya. Manja mula mengesyaki sesuatu. Dia tertanya-tanya siapakah yang dibunuh Mariam itu. Manja bergegas beredar dari situ kerana tidak mahu kemunculannya disedari dua beranak itu.
Manja turun mencari pembantu-pembantu rumahnya. Dia ke ruang tamu tetapi tidak kelihatan sesiapapun. Akhirnya Manja berjumpa dengan Ani yang sedang menjemur pakaian di halaman belakang rumah.
“Ani, saya nak Ani dengar ni.”
Manja cuba meletakkan rakaman yang dirakamnya sebentar tadi kepada Ani tetapi belum pun sempat dia berbuat demikian telefon bimbit itu berdering.
“Sekejap, saya nak jawab panggilan ni dulu.”
Ani mengangguk dan terus menyambung kerjanya.
“Ya, saya….apa? Tidak …tak mungkin, tak mungkin…”
Manja terus menamatkan panggilan itu. Gadis yang masih dalam keadaan terkejut itu terjelupuk duduk di atas tanah. Ani yang terkejut melihat gelagat puannya itu berhenti dari meneruskan kerjanya dan segera mendapatkan Manja.
“Puan, kenapa ni?”
Soal Ani kehairanan.
“Ani, abang Adam, Ani…Abang Adam…pusat kawalan udara telefon Manja beritahu helikopter yang dinaiki abang terhempas.”
Kata Manja teresak-esak. Ani terkejut mendengarnya dengan pantas Ani menjerit memanggil Amina dan Pak Khalid. Dengan sepantas itu juga pasangan tertua dalam kediaman itu muncul bersama-sama pembantu-pembantu yang lain.
“Kenapa nak? Kenapa ni?”
Soal Pak Khalid resah melihat Manja dan Ani menangis teresak-esak itu.
“Baba, abang Adam...dia kemalangan…”
Tersentak Pak Khalid mendengarnya. Manja yang masih teresak-esak itu tiba-tiba teringatkan sesuatu apabila terpandang telefon bimbitnya. Gadis itu bingkas bangun sambil mengesat air matanya.
“Abang tak ada apa-apa. Abang selamat, abang akan balik. Manja tak akan menangis. Manja tahu ini semua angkara siapa dan Manja akan pastikan dia akan dapat balasannya.”
Kata Manja seraya beredar dari situ. Pak Khalid dan yang lain-lain kehairanan melihat Manja bersikap demikian. Mereka semua terus ke balai polis untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kemalangan itu. Ketika Manja melangkah masuk ke biliknya, dia berselisih bahu dengan Mariam dan Mastura.
“Eh, Manja kenapa ni?”
Soal Mastura berpura-pura setelah melihat Manja yang agak kelam kabut itu.
“Kau jangan buat-buat bodoh. Aku tahu ini semua rancangan kamu anak-beranak dan aku akan pastikan kamu berdua akan mendapat balasan yang setimpal dengannya.”
Kata Manja seraya meninggalkan dua beranak itu.
“Mak, jangan-jangan perempuan cacat ni dah tahu rancangan kita, tak.”
Mariam menjungkit bahunya tanda dia sendiri tidak pasti dengan perkara itu.
“Mak, habislah kita kalau macam ni.”
Sofia mula menggelabah, takut benar dia dengan ugutan Manja sebentar tadi itu.
“Sabar…sabar…kalau kita tak boleh uruskan perempuan ni dengan cara yang lembut kita uruskan dia dengan cara kasar. Arahkan orang-orang kau bersedia. Kita culik Manja dan paksa dia turunkan tandatangan itu kemudian kita hapuskan dia.”
Mastura mula takut melihat perangai sebenar ibunya itu. Dia mula risau kalau-kalau perangai lama ibunya itu kembali lagi. Anak tunggal itu dengan baiknya akur sahaja dengan arahan ibunya itu. Walaupun takut tetapi oleh kerana sudah terlibat dia terpaksa teruskan sahaja demi mencapai impiannya untuk kembali kaya.





















BAB 36

Manja keluar dari biliknya dan terus ke bilik Ani. Gadis itu meninggalkan telefon bimbitnya bersama sekeping nota. Manja bergegas keluar dan terus menuju ke ruang utama kediaman mewah itu.
Malangnya, dia dilarikan oleh sekumpulan lelaki dengan menggunakan sebuah kereta yang bewarna hitam yang tiba-tiba muncul dari arah belakangnya. Rahmat yang melihat kelibat kereta yang tidak dikenali itu segera mengejarnya tetapi dia gagal mendapatkan kereta itu.

Berita kemalangan Adam itu mula tersebar meluas. Dalam radio dan televisyen banyak menyiarkan berita kemalangan itu. Dato Ahmad bersama Munir yang menonton berita itu turut terkejut melihatnya.
“Atuk, Munir yakin Manja amat-amat memerlukan sokongan kita sekarang ni.”
Dato Ahmad mengangguk setuju dengan kata-kata cucunya itu. Munir faham perasan Manja tatkala ini, ianya sama sepertinya dahulu, sangat-sangat memerlukan sokongan keluarga.
“Ayah, inilah peluang kita untuk memohon maaf dari Manja.”
“Manja sudikah maafkan kita?”
Munir mengangguk yakin. Dia kenal benar dengan adiknya itu. Air dicincang tak akan putus. Manja akan maafkan keluarganya itu walau bagaimanapun kesalahan keluarganya terhadapnya dahulu. Manja bukan pedendam, dia seorang yang pemaaf.

Apabila teman-temannya pulang dari pusat kawalan udara, Rahmat mula menghebohkan kemunculan kereta misteri itu di halaman kediaman mewah itu. Dengan sepantas itu juga semua ahli keuarga rumah besar itu berkumpul. Mereka mula menyoal sesama sendiri adakah mereka mengenali kereta itu.
“Eh, mana puan. Ah?”
Soalan dari Ani itu membuatkan kediaman itu kembali kelam-kabut. Kebiasaannya Manja tidak pernah berjauhan dengan pekerja-pekerjanya itu. Sekurang-kurangnya seorang pasti bersama dengannya.
“Ani, mana puan. Bukankah dia biasanya bersama kamu masa-masa begini?”
Soal Amina tegas.
“Entahlah mami, masa sarapan pun puan tak turun. Saya risaulah mami.”
“Er…mami, Puan Mariam dan Cik Mastura juga tiada. Sejak semalam dia orang tak pulang pun ke rumah.”
Adu Ani pula. Keluarga besar itu mula resah dengan kejadian yang menimpa keluarga mereka ini. Mereka perlu lakukan sesuatu untuk mengembalikannya kepada asal. Tapi pada siapa untuk mereka mengadu lagi. Pada polis, polis pun tengah sibuk mencari tuan mereka sekarang ini. Manja hilang belum mencecah 24 jam. Mereka terus menunggu kalau-kalau Manja pulang sebentar lagi.
“Jangan-jangan kereta misteri tadi larikan puan, tak.”
Rahmat mengagak.
“Ish, mulut, jangan cabul boleh tak.”
Marah Ani pula.
Atas arahan Pak Khalid mereka mula berpecah mencari Manja. Puas mereka mencari di segenap pelusuk rumah malangnya Manja tidak ditemui. Dari siang membawa ke malam, Manja masih belum diketemui. Ani mula resah memikirkan puannya kerana hanya dia yang mengetahui kelemahan Manja itu iaitu takut dengan gelap.
Tatkala malam semakin larut, Mastura pulang bersama ibunya. Semua ahli keluarga mewah itu menunggu dua beranak itu dengan penuh tanda tanya.
“Ni, kenapa berkumpul semua ni, ada kenduri ke?”
Soal Mariam tegas.
“Kami nak tanya, mana puan kami?”
Soal Ani dengan berani. Yang lain hanya mengangguk setuju. Menyokong Ani dari belakang.
“Kenapa tanya kami, pergilah tanya polis ke bomba ke?”
Gurau Mastura dan dia ketawa bersama ibunya.
“Puan hilang selepas kamu berdua hilang dari rumah, kami yakin kehilangan puan ada kaitan dengan kamu berdua.”
Terang Ani dengan lantangnya. Dia yakin dengan nalurinya kerana sejak beberapa hari ini Mariam dan Mastura asyik menyakitkan Manja, bukan dengan kata-kata sahaja dengan perbuatan juga mereka berani melakukannya.
“Apa, kau ingat kami culik puan kamu tu, tak ada maknanya. Kami pun tak tahulah kat mana puan kamu tu.”
Ani tersentak dengan kata-kata Sofia itu, dia segera mencuit Amina. Nalurinya semakin kuat setelah gadis itu berkata demikian. Mariam yang perasan dengan pandangan Ani itu segera menarik tangan anaknya beredar dari situ. Dia bimbang kalau-kalau anaknya itu tersalah bicara lagi.
Semua ahli keluarga besar itu bersurai selepas gagal mendapatkan maklumat dari Mariam dan anaknya. Ani yakin ada sesuatu yang tidak kena dengan dua beranak itu tetapi tidak berani bersuara kerana takut dipersalahkan kerana tiada bukti yang boleh mengaitkan kehilangan Manja dengan dua beranak itu.
Ani tersentak apabila melihat pintu biliknya tidak ditutup rapat. Seingatnya dia telah menutup rapat pintu biliknya itu ketika dia keluar siang tadi. Gadis itu dengan beraninya menolak daun pintu biliknya.
Diintainya ke dalam biliknya itu dengan berhati-hati. Tidak bersepah malah tersusun seperti ditinggalnya tadi. Kehairanan mula menyelubungi fikirannya. Tiba-tiba matanya tertumpu pada sesuatu di atas meja soleknya. Ani mendekatinya dan terkejut melihat telefon bimbit Manja ada di atas meja soleknya itu dan di tinggalkan bersama-sama sekeping nota.
Ani segera mengambil nota itu lalu membacanya.

‘ Ani, dalam telefon ini mempunyai rakaman suara Mastura dengan ibunya, jika sesuatu terjadi kepada saya selepas kamu membaca surat ini serahkan rakaman ini kepada pihak polis.’

Alangkah terkejutnya Ani apabila membaca nota itu. Kini keyakinannya semakin kuat kerana kehilangan puannya boleh dikaitkan dengan dua beranak yang dicurigainya itu.
Ani membuka rakaman telefon itu lalu mendengarnya, dia juga dapat mengecam suara Mastura dan Mariam dengan jelas sekali. Gadis itu segera mengunci pintu biliknya. Malam itu Ani tidur bersama nota dan telefon bimbit milik puannya itu. Dia tidak mahu semua itu jatuh ke tangan orang lain sebelum dia menyerahkan kepada polis pada keesokan harinya.

musim cinta 33-34

BAB 33

Mariam bengang apabila melihat pasangan itu semakin mesra. Dalam fikirannya kini hanya memikirkan rancangan untuk memisahkan pasangan itu. Dengan cara itu anaknya akan mempunyai peluang untuk memiliki Adam dan hartanya.
“Mak tengoklah tu, tak berenggang langsung.”
Adu Mastura dengan manjanya kepada ibunya. Sakit hatinya melihat kemesraan Manja dan Adam. Sepanjang berada di rumah, Manja tidak pernah berpisah dengan Adam.
“Jangan bimbang, kan kat pejabat kan kamu masih boleh goda Si Adam tu. Lelaki macam tu senang je nak control.”
Begitu yakin Mariam menghasut anak tunggalnya itu. Mastura pula setelah melihat keyakinan ibunya dia turut yakin untuk meneruskan rancangan mereka anak beranak.

Keluarga Sofia berkumpul di kediaman mewah Dato Mazwan. Hari ini mereka ingin mendengar kata putus pasangan yang bertunang setelah hampir setengah tahun itu. sofia tidak mahu berkahwin dan Munir sudah bersedia untuk menjadi suaminya.
“Macam nilah kita buat saja majlis mengikut jadual yang telah ditetapkan.”
Ujar ibu Sofia ringkas. Dato Mazwan mengangguk setuju.
“Tapi Pia tak nak kahwin lagi.”
“Tapi sampai bila?”
Munir berlutut di hadapan Sofia. Dia sudah tidak tahan dengan pertunangan ini. baginya itu semua membuatkan hubungan mereka semakin renggang. Sofia tidak membenarkan Munir keluar dengan gadis tetapi dia sewenang-wenangnya keluar dengan lelaki lain.
“Sofia tidak mahu kahwin sebab dia lebih suka bersosial dan saya juga akan pastikan dia tidak akan menjadi menantu dalam keluarga ini.”
Kemunculan Abdul membuatkan Sofia tidak senang duduk. Semua mata tertumpu kepada tetamu yang tidak diundang itu.
“Er...Pia nak kahwin dengan abang Munir. Er...bila majlis kita tu?”
Munir gembira melihat perubahan itu.
“Bulan depan.”
“Apa kata kita percepatkan, minggu depan sajalah.”
Pinta Sofia. Munir bertambah gembira.
“Jangan harap. Dato, saya mahu tunjukkan sesuatu kepada dato.”
Abdul berjalan menghampiri Dato Mazwan yang kelihatan tidak senang dengan kehadirannya itu. Munir juga tidak senang. Bencinya melihat kroni Manja itu membuatkan dia ingin sekali menumbuk muka lelaki itu.
“Kamu ni perosak majlis je. Aku tak suka tengok kamu di sini. Pergi kamu.”
Marah Munir. Dato Mazwan mengangguk setuju.
“Saya tahu itu. Tapi saya terpaksa demi Manja dan demi menegakkan kebenaran yang tersembunyi.”
Sofia semakin berdebar. Tak sanggup dia dengar semua itu.
“Okeylah, cakap cepat. Aku tak nak tengok muka kau kat sini.”
Ujar Dato Mazwan tegas. Abdul mengangguk setuju. Sofia semakin menggelabah. Peluhnya mula menitis walhal dalam rumah itu bukan main kuat aircond dipasang.
“Pendekkan cerita, Sofia adalah penyebab Manja cacat. Ini semua buktinya.”
Abdul meletakkan bukti yang menunjukkan Sofia terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan Manja menjadi cacat. Laporan polis yang dibuat Adam, laporan mahkamah yang membabitkan Sofia serta pengakuan Sofia yang direkod secara sembunyi oleh Adam ketika gadis itu berjumpa dengan Manja di hospital.
Alangkah terkejutnya Dato Mazwan mendengarnya. Munir yang tidak dapat menerima kenyataan itu beredar dari situ.
“Uncle, tak percaya...”
“Hm...kerja saya sudah selesai. Saya minta diri dulu.”
Abdul keluar dari rumah itu setelah kerjanya selesai. Alangkah kecewanya Dato Mazwan dengan berita itu. Munir yang tidak dapat menerima kenyataan itu tidak mahu lagi berjumpa dengan Sofia.

“Abang, buang yang keruh ambil yang jernih.”
Pujuk Mak Som kepada suaminya agar menerima pujukan Dato Mazwan agar pasangan itu kembali ke villa mereka. Dato Ahmad tidak mahu pulang lagi kerana Manja tiada lagi di sisinya jika dia kembali ke villa itu lagi.
“Ayah, Wan janji, Wan akan bawa Manja pulang. Wan betul-betul dah menyesal dengan tindakan Wan dulu tu, ayah.”
Pujuk Dato Mazwan lagi. Dato Ahmad benar-benar kecewa dengan sikap anak tunggalnya itu. Begitu mudah dia mempercayai orang asing dan kini senang-senang pula datang menyatakan kekesalannya dan meminta maaf.
“Mana kau nak cari Manja, kau ingat Manja akan pulang macam tu aje ke, lepas apa kau buat pada dia.”
Dato Mazwan tertunduk malu dengan teguran ayahnya itu. Dia kesal dengan sikapnya dulu. Kini dia cuba untuk mengembalikan kebahagian keluarganya yang sudah terbelah itu.
“Pulanglah mak, ayah. Kalau tak nak pulang kerana Wan pun, pulanglah kerana Munir. Sejak dia putus tunang dengan Sofia dia asyik mengurungkan dirinya dalam bilik. Entah bagaimana keadaan dia sekarang.”
Terang Dato Mazwan yang sendiri tidak tahu keadaan anak lelakinya itu kerana Munir tidak mahu berjumpa dengan sesiapapun. Makanannya hanya diletakkan di hadapan pintu biliknya dan apabila Munir pasti tiada orang barulah dia mengambil makanan itu.
Mak Som mengusap tangan suaminya lembut. Dia berharap sangat dapat menemani cucu lelakinya itu yang sangat-sangat memerlukan seseorang di sisinya tatkala ini.

“Hello, Abdul boleh datang ke villa.”
Dato Ahmad menelefon Abdul meminta agar lelaki itu boleh datang ke villanya untuk merawat Munir. Kini hampir seminggu Dato Ahmad kembali ke villanya. Munir hanya mengizinkan datuk dan neneknya sahaja masuk ke biliknya.
Dari situ Dato Ahmad dan Mak Som cuba untuk memujuknya agar menerima kenyataan ini dengan seadanya. Pasangan itu juga berjanji tidak akan meninggalkan Munir bersendirian lagi.
Dengan bantuan Abdul, Munir mungkin dapat dipulihkan. Pada asalnya Abdul tidak mahu datang lagi ke villa itu setelah dihalau dahulu tetapi demi Dato Ahmad yang sedaya upaya memujuknya agar melupakan peristiwa silam itu lelaki itu akur dengan semua takdir ini.

“Sayang, kenapa ni?”
Soal Adam yang kehairanan melihat isterinya asyik termenung panjang di serambi bilik mereka malam itu. Manja yang tadinya asyik berdiri berjalan menuju ke arah suaminya yang duduk di buaian rotan di hadapannya itu.
“Manja rindukan atuk dan neneklah.”
Beritahu Manja lembut seraya melabuhkan kepalanya di bahu suaminya. Lelaki itu mengusap lembut bahu isterinya. Faham benar dia dengan perasaan isterinya tatkala itu. Dia tahu sudah lama isterinya itu tidak bertemu dengan datuk dan nenek kesayangannya itu.
“Sayang nak pulang ke villa? Abang boleh temankan.”
Soal Adam yang sudah tiga bulan mendirikan rumah tangga dengan Manja itu. Ingin sekali dia berkata ya, tetapi dia faham dengan kesibukan suaminya itu. Lagipun dia juga tidak mahu bersua muka dengan ayah dan abangnya yang menjadi penyebab keretakan hubungan kekeluargaan mereka itu. Boleh jadi juga Munir sudah berkahwin dengan Sofia.
“Tak payahlah…erm…boleh Manja telefon atuk.”
Pinta Manja. Adam mengangguk lembut. Dia sudah gembira dan berpuas hati jika dapat mendengar suara datuk dan neneknya itu.
“Hello atuk.”
Suara itu amat mengejutkan Dato Ahmad. Serantak dengan itu juga air mata tuanya mengalir pantas membasahi pipinya yang berkedut.
“Manja…”
Kedengaran suara Dato Ahmad bergetar di corong telefon. Mak Som tersentak mendengar nama itu disebut suaminya. Bergegas dia berlari lalu merampas telefon bimbit yang dipegang suaminya itu.
“Manja, ni nenek ni…”
Manja yang mendengar suara lembut itu mula menangis semahu-mahunya.
“Nenek….Manja rindu sangat kat nenek dan atuk.”
Tangis Manja teresak-esak. Dia juga dapat mendengar suara Mak Som dan Dato Ahmad menangis setelah mendengar suaranya.
“Pulanglah nak. Kami juga rindukan kamu.”
Pinta Mak Som teresak-esak.
“Tak boleh, nek. Manjakan dah jadi isteri orang.”
Manja memberikan alasan.
“Baliklah nak walaupun sekejap.”
Pinta Mak Som lagi.
“Manja akan pulang nek, tapi bukan sekarang.”
Manja terus menangis teresak-esak. Adam yang melihat esakan isterinya itu segera mengambil telefon itu lalu menyambung perbualan dengan Mak Som.
“Nek, ni Adam ni nek.”
“Adam, bawalah Manja pulang….kami sangat rindukan dia.”
Rayu Mak Som.
“Adam janji nek, bila ada masa Adam akan bawa Manja ke sana.”
“Janji nak.”
“Janji, nek. Okeylah nek. Adam letak telefon dulu. Nanti Adam telefon lagi.”
Adam menamatkan panggilan telefon itu dan Manja terus menangis tanpa henti. Adam merapati isterinya dan cuba memujuk agar isterinya itu berhenti dari terus menangis. Manja memeluk suaminya dan terus memangis dalam pelukan suaminya itu.
Adam membiarkan sahaja bajunya basah dengan linangan air mata isterinya. Lelaki itu juga turut membatalkan niatnya untuk bekerja pada hari itu.
“Rahmat sediakan kereta, Ani, Ana sediakan makanan kita ke tanjung.”
Arah Adam lembut tetapi tegas. Manja tidak menghiraukan kata-kata suaminya itu dia terus menangis kerana rindunya kepada keluarganya masih belum terubat. Setengah jam kemudian Manja dibawa oleh suaminya menaiki kereta. Ana dan Ani mengekori dengan sebuah lagi kereta. Manja tidak menyoal sebaliknya hanya mengekori suaminya. Setibanya di jeti, Manja dibawa menaiki sebuah kapal pelayaran kecil tapi cukup mewah.
“Abang, kita nak ke mana ni?”
Soal Manja dengan esakan masih ada pada nadanya. Adam hanya tersenyum sambil menarik tangan isterinya menaiki kapal yang telah pun menunggu mereka dari tadi.
“Abang nak bawak Manja lupakan kesedihan Manja tu. Lagipun abang dah janji dengan atuk yang abang takkan biarkan air mata Manja jatuh lagi.”
Manja tersenyum mendengarnya. Gadis itu memeluk Adam, dia cukup bahagia kerana memiliki Adam sebagai suami yang cukup memahaminya. Kini dia faham dengan takdir yang telah ditentukan ilahi untuknya.
Setibanya mereka di tengah laut, keadaannya semakin cantik. Keindahan alam semulajadi yang belum diterokai membuatkan saujana mata yang memandangnya. Terpegun Manja seketika. Tidak pernah dia melihat batu-batuan yang terbentuk secara semulajadi itu memenuhi segenap tempat di situ apabila kapal yang dinaikinya semakin menghampiri tanjung yang memiliki pasir yang putih bersinar itu.
Tempat itu sangat sukar dihampirinya melainkan pergi menggunakan kapal seperti yang dinaiki mereka itu. Itulah tempat bagi Adam melepaskan rindu dan dendamnya sepanjang hayatnya dan kini dia mahu berkongsi tempat itu dengan isterinya yang tercinta.
“Abang…”
“Hm…”
Manja melabuhkan kepalanya di bahu suaminya sambil merangkul pinggang lelaki itu.
“Terima kasih sebab sudi temankan Manja.”
Kata Manja lembut seraya merebahkan kepalanya ke bahu suaminya itu.
“Abang sanggup temankan sayang begini seumur hidup abang.”
Manja tersenyum mendengarnya. Dia yang berduka tadi kembali ceria dengan sikap penyayang suami dan keindahan alam semulajadi itu. Ingin sekali dia menetap di situ bersama suaminya selama-selamanya tapi itu semua satu mimpi yang tak mungkin terjadi.
Mana mungkin tinggal di kawasan terpencil dan sunyi itu. Cukuplah tempat itu menjadi tempat mereka berhibur dan berehat. Hari itu digunakan mereka untuk bergembira. Tiada sedih, tiada duka.

BAB 34

“Mak...Pia nak kahwin dengan abang Munir...”
Sofia tidak tentu hala. Sejak kejadian tempoh hari, dia mula tidak menentu. Gilanya datang lagi. Ibu bapanya tidak dapat berbuat apa-apa lagi kecuali membawanya berubat di hospital sakit jiwa. Mungkin dengan cara itu jiwanya kembali tenang.
Gadis itu terus meracau dan memanggil nama Munir berulang kali. Tiba-tiba dia ketawa kerana berjaya membalas dendam terhadap Manja.
“Padan muka kau. Kaki kau kudung. Kau dah hodoh. Tiada siapa mahukan kau lagi...aku...aku dapat Faris, Munir pun sayangkan aku...”
Sofia mula ketawa dan tawanya amat menakutkan rakan-rakan sebiliknya yang juga mental ssepertinya. Ibunya yang melihat anaknya dari jauh menangis mengenangkan nasib malan anaknya itu.

Mariam ke pejabat Adam menuntut janji rekaannya dengan harapan Adam akan menunaikannya.
“Ada apa aunty, sampai tak boleh berbincang kat rumah ni. Ada masalah kat restoran ke?”
Mariam menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Wanita itu tetap anggun dengan skirt mininya. Kasut dan anting-antingnya sedondon juga anggun walaupun tidak kena dengan usianya.
“Hari ni aunty nak berbincang pasal keluarga kita.”
Adam mengerutkan dahinya. ‘Keluarga kita’, seingatnya dia tidak pernah menganggap wanita itu sebagai keluarganya. Adam membetulkan kedudukannya dan mengadap wanita itu.
“Sebelum kedatangan Manja lagi, aunty dah simpan niat untuk kahwinkan Adam dengan Mastura dan hari ini aunty nak meneruskan niat aunty itu.”
Terkedu Adam mendengarnya. Dia sudah sedia maklum dengan niat Mariam itu tetapi dia sememangnya tiada niat langsung untuk berkahwin dengan mana-mana gadis selain dari isterinya itu.
“Adam tak nak kahwin dengan Mastura.”
Jelas Adam ringkas dan tepat.
“Adam…Adam… Adam tak sedar ke, Manja tu tak boleh memberikan Adam zuriat. Kamu kahwin dah enam bulan, Manja masih belum mempunyai tanda-tanda yang menunjukkan yang dia bakal menjadi ibu.”
Hasut Mariam bersungguh-sungguh. Tapi itu semua tidak menggoyahkan pendirian Adam.
“Aunty, Adam kahwin dengan Manja bukan kerana mahukan anak. Adam kahwin dengan Manja sebab Adam cintakan Manja.”
“Cinta tak boleh berikan kebahagian.”
“Salah tu, sebab cinta kami bahagia, anak tu soal ke dua. Adam tak cintakan Mastura tak mungkin kami akan bahagia.”
Mariam tertunduk, dia sudah kehabisan idea untuk terus menghasut Adam. Peduli apa dia dengan cinta. Yang penting harta lelaki itu jatuh ketangannya.
“Adam pernah kata akan bertanggungjawab ke atas kami anak beranak, kan.”
“Betul tu, tapi Adam tak kata nak kahwin dengan Mas, tak cukup lagi ke harta yang Adam bagi tu.”
Mariam tertunduk lagi. Memanglah tak cukup. Kalau cukup dah tentu dia tak paksa Adam berkahwin dengan anaknya.
“Kalau macam tu, aunty minta maaf banyak-banyak.”
Kata wanita itu seraya mengangkat punggungnya beredar dari situ. Wanita itu beralah bukan kerana kalah tetapi mengalah kerana ingin merancangkan sesuatu yang akan membuatkan Adam akur dengannya.

Hampir seminggu badan Manja asyik berasa kurang selesa. Gadis itu banyak berehat di biliknya kerana sering lemah-lemah badan. Adam yang kurang senang dengan keadaan isterinya itu membuatkan dia kurang tenang bekerja. Adam pulang ke rumah dengan harapan dapat memujuk isterinya ke klinik untuk memeriksa kesihatannya.
“Eh, abang. Awal pulang hari ni?”
Soal Manja hairan melihat kemunculan suaminya di hadapannya itu seawal jam 11.00 pagi.
“Abang tak sangguplah biarkan isteri abang ni sakit sorang-sorang kat rumah. Mari kita ke klinik, abang temankan.”
Mahu tak mahu Manja terpaksa akur dengan pujukan suaminya yang sanggup berkorban deminya itu. Dia yang kurang selesa berubat dengan doktor lain selain abang angkatnya itu terpaksa beralah dengan suaminya yang begitu mengambil berat akan kesihatannya itu.
Setengah jam kemudian pasangan itu bertolak ke klinik desa di pulau itu. Setelah mendapat rawatan, Manja dan Adam pulang ke kediaman mereka. Adam meninggalkan Manja di rumah dan lelaki itu terus ke chaletnya setelah memastikan isterinya itu tidak menghidapi apa-apa masalah serius pada kesihatannya.
“Sayang, apa doktor kata tentang penyakit sayang ni. Cakaplah….”
Pujukan Adam itu membuatkan Manja tersenyum apabila mengenangkannya. Gadis itu tidak memberitahu Adam apakah penyakitnya itu sehinggalah lelaki itu kembali ke chalet selepas makan tengah hari.

Selepas makan malam, Adam terus ke biliknya. Tidak seperti hari-hari biasa Adam akan menghabiskan masanya bersama rakan-rakannya di ruang menonton.
“Puan, kenapa tuan tu, tak sihat ke?”
Soal Ani yang kehairanan melihat perangai Adam itu. Manja hanya mengangkat bahu sambil tersenyum, tanda dia sendiri tidak tahu dengan perubahan suaminya itu walaupun dialah sebenarnya amat-amat memahami lelaki itu.
“Kau ni Anii, penyibuk betullah.”
Marah Ali, salah seorang tukang masak di kediaman mewah itu.
“Biasalah tu, penat bekerja kut.”
Kata Amina menyampuk, namun matanya sedikitpun tidak dialihkan dari skrin televisyen itu.
“Manja, pergi tengok Adam tu. Baba rasa dia merajuklah. Tentu pasal pagi tadi tu.”
Bisik Pak Khalid kepada Manja. Gadis itu mengangguk setuju seraya mengangkat punggung bangun dan berjalan menuju ke biliknya.
Apabila melangkah masuk ke dalam bilik, didapatinya suasana bilik itu agak suram dan hanya diterangi lampu-lampu terandak di sudut-sudut bilik utama yang mewah itu.
Manja melangkah perlahan-lahan mencari suaminya, dijenguknya di atas katil, tiada. Gadis itu melangkah lagi menuju ke arah ruang rehat tetapi kelibat suaminya tidak kelihatan. Tiba-tiba matanya tertumpu pada pintu gelungsur yang menyambungkan ruang beranda dan bilik itu terbuka.
Manja berjalan lembut menuju ke arah pintu yang terbuka dan menjenguk ke luar beranda. Akhirnya dia melihat suaminya sedang duduk berehat di atas buaian rotan sambil menikmati udara malam yang dingin itu. Manja berjalan lembut lalu mengambil tempat di sebelah suaminya. Adam yang perasan dengan kemunculan isterinya itu tidak mengendahkannya. Sebaliknya mengalihkan badannya ke arah lain.
“Abang, abang merajuk, eh…”
Tegur Manja lembut tetapi tidak dibalas Adam. Manja merapatkan badannya pada suaminya. Dia mengambil tangan Adam lalu diletakkannya di atas perutnya, seakan-akan lelaki itu memeluknya dari belakang. Lelaki itu hanya mengikut rentak Manja tanpa menolak.
“Abang, janganlah marah. Manja saja je nak surprise-kan abang.”
Kata Manja lembut.
“Sebenarnya…abang tak lama lagi akan jadi ayah tau, tak elok merajuk-merajuk macam ni. Nanti terikut-ikut pulak anak kita nanti.”
Kata Manja lembut. Adam segera meleraikan pelukannya pada Manja tadi dan berpaling ke arah isterinya.
“Betul apa yang Manja katakan ni?”
Manja mengangguk menandakan apa yang dikatakannya itu betul. Adam melompat gembira. Akhirnya dia bakal bergelar ayah. Kini dia boleh berbangga kepada Mariam yang sering merendah-rendahkan keupayaan Manja itu.

musim cinta 31-32

BAB 31

Seperti pagi-pagi biasa, Manja akan menghantar suaminya keluar dari rumah untuk bekerja.
“Jaga rumah baik-baik tau.”
Pesanan biasa dari Adam selepas isterinya itu bersalam dan mencium tangannya.
“Abang tu jangan main mata kat sana, Manja tahu pekerja-pekerja chalet sana semuanya cantik-cantik belaka.”
Giliran Manja pula meninggalkan pesanan untuk suaminya. Adam tertawa kecil mendengarnya. Satu kucupan hinggap di dahi isterinya itu. Selepas memastikan kelibat suaminya yang menaiki kereta proton perdana itu hilang dari pandangannya barulah dia masuk ke dalam rumah.
Gadis itu kembali semula ke ruang makan untuk menyambung sarapannya yang terhenti seketika untuk menghantar suaminya itu keluar rumah tadi.
“Adam dah ke office ke?”
Soal Mastura bersahaja. Tak seorang pun yang berada di meja makan itu menjawab pertanyaan Mastura itu. Mereka memekakkan sahaja telinga mereka dari menjawab pertanyaan itu termasuk Manja yang sedang menyuapkan nasi goreng ke mulutnya.
“Hei, budak kampung aku tanya kau ni.”
Marah Mastura sambil menolak bahu Manja kecil. Manja berdiri sambil menepis tangan Mastura, marah dengan perbuatan Mastura itu.
“Tak boleh tanya elok-elok ke? Biar deradap sikit. Kita ni kan orang melayu.”
Tegur Manja sambil menyapu bahagian bajunya yang terkena tangan Mastura tadi. Gadis seksi itu bengang dengan perbuatan Manja seperti menghinanya. Dengan sepantas kilat tangannya diangkat untuk menampar Manja tetapi sempat ditepis oleh Manja.
“Jangan kau ingat senang-senang nak menampar aku. Suami aku sendiri pun tak pernah tampar aku, tau.”
Marah Manja lagi dan kali ini marahnya tegas. Mastura bengang dengan perbuatan Manja terhadapnya, dengan menggunakan suaranya yang lantang itu, ibunya dipanggil. Mariam bergegas mendapatkan anak tunggalnya itu setelah mendengar namanya dipanggil.
“Mak, mak tengoklah perempuan kampung ni. Dia pukul Mas.”
Adu Mastura sambil menipu.
“Perempuan tak sedar diri. Kau jangan ingat Adam suka kat kau, kau boleh buat apa yang kau suka.”
Marah Mariam seraya menarik rambut Manja yang panjang itu. Manja yang sakit dengan perbuatan Mariam itu melawan. Gadis itu menolak Mariam kuat hingga terduduk wanita itu dibuatnya.
“Dan kamu jangan ingat saya tak berani lawan kamu. Jangan ingat kamu ni saudara Adam, saya boleh bertolak ansur dengan kamu.”
Kata Manja sambil menunding jari ke arah Mariam pula. Mariam yang mula takut dengan perbuatan Manja itu bangun dan menarik tangan anak tunggalnya itu ke chalet untuk mengadu kepada Adam tentang perbuatan melampau Manja terhadapnya itu.
“Puan, beraninya puan melawan Puan Mary tu. Tak takut ke?”
“Kita perlu takut pada Allah. Tak perlu takut pada perempuan macam mereka tu.”
Kata Manja dengan yakinnya. Ani dan Ana yang mendengarnya sangat bangga dengan Manja yang berani kerana benar itu. Manja tidak lagi mahu asyik beralah, cukuplah dia dahulu banyak beralah kepada musuhnya.
“Adam, I tak puas hati dengan orang gaji baru you tu.”
Adu Mastura sejurus tiba di pejabat Adam.
“Saya pun tak puas hati dengan awak ni. Tak reti ketuk pintu dulu ke sebelum masuk, dah berapa kali saya bagi tahu.”
Marah Adam. Lain yang dirancang lain pula yang jadi. Mastura memuncungkan mulutnya.
“Adam, I nak you pecat orang gaji you tu.”
Kata Mastura seraya berjalan lembut lalu duduk di hujung kerusi empuk yang diduduki Adam itu. Adam segera bangun hingga menyebabkan Mastura jatuh terjelupuk.
“Orang gaji yang mana ni. Bila pula saya ambil pembantu baru. Tak ada pun.”
Kata Adam hairan. Mastura bangun sambil menggosok pinggulnya yang sakit itu.
“Manja tu…”
“Oh, Manja, awak tak kenal ke…nanti saya kenalkan Manja pada awak.”
Kata Adam tersenyum. Mastura semakin keliru, kenapa dengan Adam ni dah gila ke. Fikir Mastura di dalam hatinya. Adam meninggalkan Mastura keseorangan lalu keluar dari biliknya.
Mastura tidak berpuas hati dengan perbuatan Adam itu, gadis itu ke restoran chalet itu pula untuk mengadu kepada ibunya. Mariam yang sedang menikmati sarapan pagi itu tersentak dengan kehadiran anaknya yang riuh rendah dengan bebelannya sendirian itu.
“Apa ni, Mas. Semua orang tengok kau. Tak malu ke?”
Marah Mariam sambil menarik tangan anaknya duduk diam di kerusi di hadapannya.
“Mak, Adam tak hiraukan Mas. Dahlah Mas jatuh tadi sikit pun dia tak hairan.”
Adu Mastura.
“Bila dengar nama Manja dia tersenyum, lepas tu terus dia terus tinggalkan Mas sorang-sorang. Sakit tau mak.”
Adu Mastura lagi. Sakit badan dan hatinya bila memikirkan sikap Adam yang semakin lama semakin menjauhkan diri darinya. Mariam terdiam mendengar aduan anak tunggalnya itu dengan teliti.
“Hm…mungkin kau perlu menggoda lagi tak. Kau cubalah cara lain pulak.”
Cadang Mariam kepada anaknya itu lalu mengangkat punggung ke belakang restoran untuk menjalankan tugasnya sebagai pengurus restoran chalet itu. Sejak kedatangan mereka anak beranak, Adam memberikan restoran itu untuk diuruskan oleh mereka. Sekurang-kurangnya mereka berdua itu tidak hanya menggoyang kaki ketika menumpang di rumah orang. Lagipun itulah permintaan mereka ketika mereka mula-mula tiba di kediaman mewah Adam itu.
Tepat jam 11.00 pagi, Manja tiba di chalet dengan dihantar oleh salah seorang pemandu Adam. Mariam yang sibuk menguruskan resrotan itu terkejut melihat kemunculan Manja dengan berpakaian cukup cantik dan anggun.
“Mak, baju siapa dia kebas tu?”
Soal Mastura sambil menyiku ibunya. Mariam yang juga terpana melihat penampilan Manja itu menjungkit bahunya tanda dia juga tidak tahu. Dengan mengenakan skirt labuh kembang dan dipadankan dengan blaus sedondon warnanya dengan skirt yang dipakainya, gadis itu berjalan lembut menuju ke arah jeti di mana Adam sedang menunggunya.
“Eh, mak kenapa dia jalan sumbang macam tu?”
“Entahlah, jom kita pergi tanya.”
Mariam menarik tangan anaknya menuju ke arah Adam dan Manja yang sedang berbual di jeti itu.
“Erm…maafkan aunty kalau bertanya.”
Kemunculan Mariam dan Mastura mengejutkan pasangan yang baru sebulan berkahwin itu. Pasangan itu serentak berpaling ke arah Mariam dan Adam tidak sedikitpun melepaskan pelukannya pada isterinya itu dan itu membuatkan Mastura cemburu gila melihatnya.
“Siapa perempuan ni?”
Soal Mariam tegas dan selamba. Adam tersenyum melihat gelagat Mariam yang menyoal kerana dia tahu Mariam tidak menyukai Manja.
“Oh, aunty tak tahu lagi ke, meh saya kenalkan. Ini satu-satunya isteri saya. Manja.”
Alangkah terkejutnya Mastura mendengarnya. Mariam juga terkejut mendengarnya. Ternganga mulutnya mendengar kata-kata itu keluar dari mulut anak saudaranya itu.
“Kenapa Adam kahwin tak bagitahu aunty. Sampai hati Adam.”
Kata Mariam seolah-olah merajuk.
“Semuanya ni berlaku dengan begitu pantas sekali. Kalau Adam bagi tahu aunty anak beranak dah tentu aunty akan lakukan sesuatu untuk menghentikannya, kan.”
Kata Adam selamba.
“So, kenapa dia jalan terhencot-hencot macam tu?”
Soal Mastura memecah kesunyian buat seketika tadi. Manja memandang Adam, dia ingin suaminya itu sendiri memberitahu orang lain tentang dirinya dan dia tidak mahu suaminya itu menyembunyikan apa-apa tentang keadaan dirinya itu.
“Oh, you want to know. Ok I tell you.”
Adam menghampiri Mastura lalu berbisik.
“Dia pakai kaki palsu dan perkara itu tidak mengurangkan cinta saya pada dia.”
Sekali lagi Mastura tersentak mendengarnya. Sakit betul hatinya apabila mengetahui dia kalah pada seorang gadis cacat.
“Don’t tell me, dia gadis yang you selamatkan masa di London dulu?”
Soal Mastura dengan nada terkejut. Kali ini Manja pula yang tersentak, dia mula keliru dengan kata-kata Mastura itu. Dia mengambil langkah untuk beredar dari situ. Mariam tersenyum setelah dapat mengagak akan ada sedikit pertelingkahan pada pasangan itu. Adam yang melihat Manja beredar dari situ bergegas mengejar isterinya itu.
“Manja, kenapa ni?”
Soal Adam sejurus mendapatkan Manja. Manja tidak sedikit pun memalingkan mukanya kepada suaminya itu. Pantang sekali baginya apabila orang yang disayanginya menipunya.
“Manja, kalau Manja tak bagi tahu macam mana abang nak tahu masalahnya.”
Kata-kata Adam itu membuatkan Manja berpaling kepada Adam.
“Abang, apa rahsia yang abang sembunyikan dari Manja?”
Adam tertunduk dengan pertanyaan Manja itu. Dia takut untuk membongkarkan rahsianya itu, takut Manja tidak dapat menerimanya dan meninggalkannya.
“Abang, Manja tanya ni. Kenapa perlu Mastura tahu dan Manja tidak boleh tahu.”
Adam tertunduk kaku. Dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Manja berjalan lembut mengadap suaminya itu sambil mengangkat muka suaminya itu dengan harapan lelaki itu akan menceritakan segala-galanya perkara yang disembunyikan dari pengetahuan Manja itu.
Adam akhirnya mengaku dialah ‘orang awam’ yang telah menyelamatkan Manja ketika gadis itu dilanggar lari oleh kereta yang dipandu Sofia ketika di London dahulu. Terkejut besar Manja mendengarnya, tidak disangkanya yang dia akan berkahwin dengan lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya.
Adam jugalah orang yang telah menghantar Manja ke hospital dan dengan sukarelanya menjaga Manja di hospital ketika gadis itu koma. Persis perbuatan ayahnya terhadap ibunya dahulu. Dengan sokongan Abdul, Adam membuat laporan polis hingga tertangkapnya Sofia, tetapi malangnya Sofia terlepas kerana Manja tidak mahu bangsanya dihukum di tempat orang.
Kini Manja tahu kenapa abang angkatnya itu pernah berbisik kepadanya supaya menyayangi Adam kerana dialah ‘angle’nya. Manja mula hairan dengan cerita-cerita Adam dahulu, adakah benar bahawa dia merupakan puteri mimpi Adam itu atau lelaki itu mula mencintainya secara senyap-senyap setelah lelaki itu menyelamatkannya ketika di London dahulu.
Manja keliru. Gadis itu akhirnya meninggalkan suaminya itu sendirian di jeti tanpa teman, dia perlu bersendirian untuk menerima semua cerita-cerita Adam itu. Adam pula tidak mampu berkata apa-apa lagi.
Dia tidak tahu bagaimana untuk memberitahu Manja bahawa cintanya itu ikhlas dan bukannya simpati. Namun itu semua tidak mampu diluahkan kerana takut perkara seperti ini berlaku dan sekarang ia berlaku juga. Sudah tentu orang-orang yang ingin melihat perkahwinannya musnah bertepuk tangan gembira.




















BAB 32

Sudah dua hari Adam tidak pulang ke rumahnya. Dia malu untuk bertentang mata dengan isterinya, dia malu untuk menyatakan bahawa dia benar-benar mencintai gadis itu sepenuh hatinya. Dia mencintai Manja sebelum Manja cacat lagi.
“Puan, hari ni pun tuan tak balik. Sibuk katanya.”
Beritahu Rahmat dengan wajah yang kecewa. Manja mengangguk tanda faham, gadis itu berlalu pergi meninggalkan meja makan. Dia sengaja menunggu kepulangan suaminya itu dengan harapan dapat makan bersama tetapi malangnya malam itu juga dia tidak dapat makan bersama.
Ani tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi. Setahunya tuannya itu tidak pernah berada di chalet walau sesibuk mana pun lelaki itu menguruskan chalet peninggalan keluarganya itu.
“Puan, ada apa-apa masalah ke?”
Soal Ani yang mengiringi Manja ke biliknya itu. Manja menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu orang lain tahu masalah rumah tangganya.
“Mari puan, saya nak tunjukkan sesuatu kepada puan.”
Ani menarik tangan Manja supaya mengikutnya. Mereka naik ke tingkat empat rumah besar itu, Manja yang mengikut Ani hingga ke ruang paling gelap di kawasan itu mula memegang tangan Ani sekuat-kuatnya.
“Puan, kenapa ni?”
Soal Ani kehairanan.
“Takutlah, Ani…tempat apa ni?”
Soal Manja sambil memerhatikan keadaan di sekelilingnya. Dia sangat takut dengan suasana gelap dan sunyi.
“Okey, kita dah sampai.”
Ani membuka pintu sebuah bilik yang agak terpencil. Lampu bilik itu dibuka. Alangkah terkejutnya Manja apabila melihat dekorasi di dalam bilik itu. Suasana suram tetapi begitu romantik, sesuai sekali dengan keadaan bilik itu yang dipenuhi dengan potret-potret Manja dan susunan barang-barang perhiasan di atas meja-meja kecil yang sengaja diletakkan di bawah setiap potret-potret itu.
“Puan, semua gambar-gambar puan ni dilukis mengikut mood tuan. Semua tu mengikut susunan dari mula puan hadir dalam mimpinya. Dan itu, masa dia berjumpa dengan puan.”
Tunjuk Ani ketika mereka berjumpa dalam suasana yang tidak ingin berlaku, potret Manja menangis serta peralatan untuk membalut luka yang diletakkan di bawah potret itu mengisahkan apa yang pernah dicerita Adam kepadanya semasa di jeti dua hari yang lepas.
Manja terkedu, kini dia yakin yang suaminya itu tidak menipu. Tapi dia pelik kenapa perlu lelaki itu merahsiakan semuanya dari pengetahuannya.
“Er…Ani kenapa buku tu diletakkan di dalam kotak kaca?”
Soal Manja ingin tahu. Istimewa sangatkah buku itu sehingga di letakkan di dalam kotak kaca dan di sekelilingnya di gantung tirai kristal berwarna biru, sama seperti hiasan di dalam bilik tidurnya.
“Oh, itu diari tuan, kali terakhir dia menulisnya sehari sebelum dia berangkat ke Villa Sri Manja. Bacalah puan.”
Pinta Ani.
“Eh, mana boleh, tak baik baca, itukan rahsia orang. Tak elok bacanya tanpa pengetahuan tuannya.”
Ani tertunduk. Dia mahu Manja tahu sesuatu, mungkin dengan cara itu hubungan Manja dan Adam semakin erat dan mesra.
“Kalau puan tak nak baca semuanya pun bacalah 5 muka surat yang terakhir.”
Pinta Ani lagi. Manja pelik dengan permintaan Ani itu, penting sangatkah hinggakan dia perlu membacanya.
“Kamu pernah membacanya?”
Ani menggelengkan kepalanya.
“Dah tu kenapa perlu saya membacanya.”
“Kerana isi-isi terakhir diari itu adalah berkaitan dengan puan, kalau saya cerita pun puan mesti tak percaya, tuan pernah membacanya kepada saya.”
Manja tertunduk, memikirkan sejenak. Mungkin ada baiknya dia membacanya, memang di saat-saat begini dia sukar untuk mempercayai orang-orang disekelilingnya.


‘Bidadariku…akhirnya kau ku temui,

Aku menyelamatkan seorang gadis semasa kemalangan jalan raya di London,
Tanpa aku sedari dialah rupa-rupanya puteri yang aku cari-cari dalam mimpiku, Aku sangat berbangga kerana dapat membuktikan bahawa mimpiku bukan sekadar angan-angan. Walaupun dia tidak lagi sesempurna insan lain, itu tidak menjarakkan impian aku untuk terus mencintainya.’

‘Aku dikhabarkan tentang dirinya yang mungkin tidak dapat diselamatkan jika aku lambat menghantarnya ke hospital. Sekali lagi aku berbangga kerana dapat menyelamatkan nyawanya. Thanks to doktor Abdul kerana izinkan aku menjaganya ketika dia koma.’

‘Aku hanya mampu untuk menatapnya dari jauh, aku tidak mau dikatakan cintaku cinta simpati, cintaku ikhlas, cinta agung yang lahir dari hati yang suci. Kini aku mengerti apakah yang dikatakan cinta yang tidak perlu dibalas. Cukuplah kenangannya yang sentiasa mekar dihatiku.’

‘Dengan bantuan doktor Abdul aku dapat bekerja di Villa Sri Manja. Dapatlah aku menatap wajahnya sepuas-puasnya. Walaupun dirinya tak mungkin aku miliki.’

Menitis air mata Manja membacanya. Tidak disangka-sangkanya ada lelaki yang begitu mencintainya walaupun tahu tentang kecacatannya itu. Kini segala sangkaannya terhadap kebencian lelaki apabila berdepan dengan kecacatan wanita ternyata ralat. Adam telah membuktikan bahawa cinta itu suci dan tidak perlu dikotori dengan alasan-alasan yang tidak munasabah.
“Tuan tak pernah berharap yang dia mendapat balasan cinta dari puan, dia sangat berpuas hati jika dapat menatap puan dari jauh. Dia berjanji akan pulang ke sini setelah puan berkahwin. Kami sangat gembira apabila tuan berjaya membawa balik puan, kami sendiri hairan kerana tuan kami sangat pemalu apabila berdepan dengan perempuan.”
Kata Ani tersenyum sipu. Manja juga tergelak kecil mendengar kata-kata Ani itu.
“Tapi kenapa selama saya mengenalinya dia tidak pernah menyatakan isi hatinya kepada saya?”
“Macam mana dia nak beritahu, kan tuan tu pemalu, lagipun puan tak pernah pun pandang tuan.”
Terkedu seketika Manja mendengarnya. Dia memerhatikan barang-barang yang tersusun rapi itu. Pembalut gula-gula jenama fox, pen yang tidak berdakwat, cawan kertas dan koleksi gambar-gambar kenangan semasa di Villa Sri Manja. Semua itu tidak penting bagi Manja tetapi sangat penting bagi Adam dan dia menyimpannya begitu rapi sekali.
“Ani, saya berjanji pada Ani yang saya tak akan sakiti hatinya lagi. Saya akan menyayangi abang Adam sepenuh hati saya sebagaimana dia mencintai saya.”
Ani tersenyum mendengar kata-kata Manja itu. Kini akhirnya dia berjaya mengukuhkan lagi cinta Manja terhadap Adam. Manja mengheret Ani keluar dari bilik itu dan menuju ke arah tempat letak kereta.
“Rahmat, siapkan kereta. Kita ke chalet.”
“Tapi puan, kita tak tahu tuan kat mana?”
Manja hanya tersenyum dengan pertanyaan Ani itu. Setibanya di chalet, Ani dan Rahmat menemani Manja hingga ke jeti.
“Ni, tengok sana tu.”
Tunjuk Manja. Manja berjalan menuju ke arah suaminya yang duduk bersendirian termenung panjang itu.
“Mat, jom kita pergi.”
Ajak Ani sambil menarik tangan Rahmat. Sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal Rahmat mengekori sahaja Ani beredar dari situ.
“Ani, macam mana puan tahu ah, tuan ada kat situ?”
Soal Rahmat hairan.
“Itulah maknanya deria ke enam, bila seseorang itu begitu mencintai seseorang tu dia boleh mengetahui sesuatu tentang orang tu melalui gerak hatinya. Faham!”
Rahmat mengangguk walaupun dia tidak pernah merasai pun perasaan itu sepanjang hayatnya.
“Abang…”
Panggilan Manja yang lembut itu membuatkan Adam menggelabah dibuatnya. Dia pelik apabila isterinya itu muncul, walhal dia tidak memberitahu sesiapapun di mana dia berada pada masa itu.
“Kenapa Manja datang sini, macam mana Manja tahu abang kat sini?”
Soal Adam bertubi-tubi. Manja tidak menjawab sebaliknya hanya tersenyum sahaja. Manja menarik tangan suaminya seraya menutup mulut suaminya.
“Abang, dengar sini.”
Adam hanya mengangguk setuju setelah melihat kelembutan isterinya itu. Tiada lagi marah-marah seperti dua hari yang lepas.
“Mula-mula sekali Manja nak minta maaf dengan abang, erm…Manja dah baca diari abang. Sekarang Manja faham cinta abang dan Manja akan mencintai abang sebagaimana abang mencintai Manja.”
Adam tersenyum mendengar penerangan isteri kesayangannya itu. Dia bersyukur kerana memiliki isteri yang begitu mudah memahaminya. Dengan pantas lelaki itu merangkul isterinya itu.

musim cinta 28-30

BAB 28

Selepas solat zohor Manja terus terlena. Adam meninggalkan bilik tidur mereka dengan membuka semua pintu-pintu kaca gelungsur agar angin semulajadi dari luar itu dapat terus membuai isterinya yang kepenatan itu.
Adam keluar dari ‘istana’nya dan terus menuju ke chaletnya yang telah lama ditinggalkannya. Seperti biasa 5 orang pengawal peribadinya akan mengiringinya ke mana sahaja lelaki seawal 30-an itu keluar dari kediamannya. Laporan demi laporan didengari Adam dari pekerja-pekerjanya yang setia membantunya menguruskan chalet, perusahaan feri dan kapal pelayaran mewah milik keluarganya.

Di Kampung Seberang pula Daud yang tidak tahan lagi menyimpan rahsia yang dilihatnya itu mula menceritakan kepada ibunya dan Mak Som. Cerita itu amat-amat mengejutkan Mak Som dan Mak Esah.
Setelah Sofia dan Salma berpakat untuk mengenakan Manja, mereka mula menghasut Halimah dengan mengatakan Manja yang cacat itu sebenarnya tidak suci lagi. Hisyam yang menafikan Manja pernah berbuat demikian dan lelaki itu ingin keluar dari rumah itu tetapi terus di kurung Halimah dengan bantuan Sofia dan Salma.
“Kalau kakak tengok Hisyam sekarang ni teruk sangat keadaan dia. Lama-lama nanti agaknya gila jugak budak tu nanti.”
Mak Som hanya mampu menggelengkan kepalanya. Kini baru dia teringat kenapa Dato Marwan menuduh Manja tidak suci. Ternyata hasutan Sofia bukan sahaja dimakan Halimah, Dato Mazwan yang berpelajaran juga turut termakan hasutan itu. Dato Ahmad yang turut mendengar cerita itu ketika dia baru keluar dari rumahnya turut simpati dengan nasib Hisyam. Jika dia tahu Hisyam diperlakukan demikian sudah pasti dia meminta Manja untuk menangguhkan perkahwinannya.
“Tolong jangan sampaikan cerita ini pada Manja. Abang yakin Manja dah bahagia dengan Adam sekarang ni.”
Mak Som mengangguk setuju dengan kata-kata suaminya itu. Manja tidak perlu tahu tentang Hisyam dan wanita itu juga yakin Hisyam tak ingin Manja tahu akan keadaan dirinya itu.
Dato Ahmad berfikir sendirian, dia perlu lakukan sesuatu agar anaknya itu sedar akan kejahatan Sofia yang sebenarnya. Dia juga perlu selamatkan cucu lelakinya itu dari terus menjadi mangsa jahat Sofia itu.

Manja yang baru tersedar dari tidurnya selepas terdengar laungan azan asar dari masjid berdekatan terus menuju ke bilik air untuk mandi. Terasa sunyi pula bila keseorangan begitu. Selepas mengenakan skirt labuh kembang berwarna hitam dan baju T berwarna merah jambu gadis itu menyegerakan solat asar petang itu.
Selepas itu dia turun dari biliknya dengan menggunakan anak tangga yang lebar dan luas itu. Satu persatu anak tangga dituruninya dengan berhati-hati agar tidak tergelincir. Ambil masa juga untuk sampai ke bawah.
“Eh, Puan. Kenapa turun tangga. Kan lif ada.”
Terkejut Ana, pembantu rumah yang sudah tiga tahun bekerja di rumah besar itu.
“Tak apalah, saya takutlah guna lif tu sorang-sorang.”
Kata Manja berseloroh. Ana ketawa kecil menggunakannya.
“Nanti lama-lama puan biasalah tu.”
Ana membantu Manja turun ke ruang tamu.
“Eh, kenapa semua orang sibuk sangat ni?”
Manja duduk di ruang makan setelah melihat ramai pekerja-pekerja di rumah besar itu sibuk naik turun ke tingkat empat iaitu tingkat teratas yang juga merupakan ruang atas rumah yang terbuka. Pendek kata, rumah besar bak istana mewah ni tak ada ataplah. Ada yang menggunakan lif yang telah disediakan untuk para pekerja itu dan ada yang menggunakan tangga.
“Malam ni tuan adakan majlis untuk menyambut kedatangan puan ke rumah kami ni. Dengan adanya puan lagi berserilah rumah kami ni kelak.”
Kata Ana sambil menghidangkan kuih dan jus kepada Manja. Manja tersenyum mendengarnya dan dia berharap agar itulah yang dapat dibuatnya untuk lelaki yang bergelar suaminya itu.
“Habis tu mana abang Adam?”
“Dia ke pejabat.”
Jawab Ana ringkas sambil air yang baru dibancuhnya untuk Manja itu diletakkan di hadapan meja.
“Adam tu memang macam tu. Lagipun dah lama sangat dia tinggalkan pejabat dia tu.”
Cerita Amina pula seraya meletakkan kuih yang baru dibakarnya itu untuk santapan Manja petang itu. manja mengerutkan dahinya. Pejabat? Memang banyak yang dia tidak tahu tentang suaminya dan dia perlu tahu dengan bertanya lagi.
Cerita Amina, Adam menguruskan chalet, perusahaan feri dan kapal pelayaran mewah milik keluarganya. Hampir separuh tahun Adam berulang-alik dari Villa Sri Manja dan pulau ini hanya kerana ingin mendekati Manja. Tersenyum Manja mendengarnya. Sampai begitu sekali. Usahanya yang gigih akhirnya membuahkan hasil walaupun di saat-saat akhir.
“Sekarang, dia pasti berbangga dengan hasil usahanya, kan.”
Amina menyiku Manja. Manja tersenyum sipu dengan kata-kata itu. Tak disangkanya lelaki sekaya itu sanggup menjadi pengurus sumber manusia di syarikat ayahnya dan datuknya itu. Cinta memang gila.












BAB 29

Malam menjelang. Semua ahli keluarga besar rumah yang terbesar di pulau peranginan itu mula berkumpul di tingat teratas rumah mewah itu. Lampu malam berkerlipan menyinarkan suasana yang suram itu.
Manja resah memandangkan suaminya masih belum pulang-pulang juga dari kerja, walhal dia telah pun diingatkan isterinya agar pulang awal malam itu memandangkan majlis itu adalah ideanya.
“Puan, duduklah dulu, tuan memang macam tu. Kalau dah ke pejabat tu memang dia lupa nak pulang. Bila dah Baba sendiri pergi jemput dia nanti baru reti dia nak pulang. Kami harap puanlah satu-satunya orang yang boleh kawal dia agar menjaga kesihatannya dan waktunya.”
Kata Umi, gadis yang hampir sebaya dengan Ana itu. Umi juga seperti Ana, anak kampung yang miskin bekerja dalam rumah mewah ini untuk menyara keluarganya yang mempunyai adik-beradik yang ramai. Manja menggapai telefon rumahnya lalu menelefon suaminya sejerus mendengar cerita Ana itu.
“Abang, kalau abang tak balik sekarang kami akan batalkan majlis ni.”
Ugut Manja sejurus suaminya itu menjawab panggilannya. Ana dan Umi ketawa kecil dengan ugutan Manja itu. Selepas mendengar ugutan Manja itu, lima minit kemudian Adam dan lima pengawal peribadinya terus tiba di perkarangan kediaman mewah itu.
Manja berpura-pura merajuk dengan Adam sejurus lelaki itu tiba di tingkat teratas rumahnya.
“Maaf tuan, kami tak dapat tolong.”
Semuanya berundur dan terus menuju ke tapak majlis apabila melihat Adam gagal memujuk Manja. Adam mengekori Manja menuju ke ruang yang agak terpencil di tingkat teratas itu.
“Manja janganlah merajuk.”
Pujuk Adam. Manja mengalihkan pandangannya ke arah lain.
“Manja, abang janji abang tak akan pulang lewat lagi.”
“Promise?”
Adam mengangguk sambil menunjukkan tangan mengangkat sumpah. Manja tersenyum lalu mencium pipi suaminya. Tersentak lelaki itu melihat reaksi gadis kesayangannya itu. Dia berdoa agar hari-hari dia mendapat ciuman itu setiap kali pulang dari kerja.
Majlis terus berlangsung dengan cerianya. Bulan yang terang pada malam itu bagaikan tidak memerlukan sinaran lampu untuk menerangi ruang teratas rumah mewah itu pada malam itu.
Ketika mereka sedang bergembira bercerita tentang diri masing-masing kepada Manja tiba-tiba semua lampu terpadam. Manja yang sememangnya takut dengan gelap itu tidak menjerit ketakutan sebaliknya hanya menutup matanya dengan kedua belah tangannya.
“Sayang, bukalah mata tu. Dah okey dah. Tiba-tiba pulak blackout. Abang dah arahkan orang tengokkan.”
Kata Adam sambil memegang kedua belah tangan isterinya. Dengan perlahan-lahan Manja membuka matanya. Alangkah terkejutnya gadis itu apabila melihat kerlipan cahaya lilin memenuhi ruang di tingkat teratas itu. Begitu cepat mereka menyusun lilin itu hinggakan tidak terasa suasana yang gelap akibat tidak berlampu itu.
Manja terus memegang tangan suaminya. Takutnya masih belum hilang memandangkan dia tidak percaya dengan cahaya dari lilin-lilin itu. Adam hanya tersenyum sambil tangannya yang satu lagi memeluk bahu isterinya itu.
“Puan, tuan. Mari kita makan.”
Pasangan itu berjalan beriringan menuju ke meja makan yang telah disediakan oleh pekerja-pekerja rumah besar itu. Amina dan Khalid saling berpandangan melihat pasangan yang cukup bahagia itu. Mereka berdoa agar pasangan itu terus bahagia tanpa sebarang gangguan dari orang-orang yang mencemburui mereka.
“Selagi mereka berdua ni tak keluar dari pulau ni, mereka tidak akan diganggu oleh sesiapapun.”
Kata Khalid kepada isterinya. Amina mengangguk bersetuju dengan kata-kata suaminya itu. Memandangkan Adam hanya akan keluar dari rumahnya hanya bekerja dan Manja di rumah menguruskan suaminya, sudah pasti mereka akan menjadi pasangan muda yang paling bahagia di pulau itu.





BAB 30

Manja semakin mesra dengan 'keluarga besar'nya itu. Gadis itu juga mudah diterima oleh ahli 'keluarga besar' yang terdiri dari pelbagai usia dan status itu memandangkan gadis itu seorang yang penyayang dan mudah bertolak ansur.
“Puan, tak payahlah. Nanti Tuan marahkan saya.”
Kata Ani, pembantu rumah yang menguruskan pengurusan pakaian penghuni rumah itu.
“Tak apalah, mulai dari hari ni, semua pakaian Tuan, Manja yang uruskan. Lagipun dia kan suami Manja.”
Ani tersenyum. Dia mengizinkan Manja berbuat demikian tapi dengan syarat dia yang akan membasuh pakaian-pakaian Adam terlebih dahulu dan Manja hanya akan menyidainya.
“Hello semua. I'm back.”
Terdengar suara seorang wanita yang bersuara lantang dan penuh kegembiraan. Manja mengerutkan dahinya sambil memandang Ani. Ani hanya tersenyum dan menarik tangan puan besarnya itu untuk melihat suara bising siapakah di ruang tamu rumah besar itu.
“Puan, itulah emak saudara tuan. Dia tinggal di sini selepas suaminya meninggal.”
Bisik Ani. Rupa-rupanya masih ada lagi orang yang Manja tidak kenal yang tinggal di dalam rumah besar itu. Manja mengangguk tanda faham.
“Puan perlu hati-hati dengan perempuan tua tu. Dia nak jodohkan anaknya dengan tuan, tapi tuan tak nak. Dia suruh anak dia tu bekerja di chalet tuan dengan harapan dapat menggoda tuan.”
Terang Ani panjang lebarnya. Berderau darah Manja mendengarnya. Mana taknya sekali lagi dia kena berperang dengan kaum sejenisnya demi cinta. Dugaan...dugaan.

Di chalet pula, seorang gadis yang mengenakan skirt pendek paras peha dan baju sendat hingga menampakkan sebahagian besar dadanya itu melangkah masuk ke bilik pejabat Adam.
“Hai, darling. How your day lately?”
Soal gadis itu berbahasa inggeris sambil melabuhkan punggungnya di atas riba Adam. Adam tersentak dengan perbuatan gadis itu yang drastik itu bangun dengan cepatnya sambil menolak gadis itu hingga jatuh terduduk gadis itu dibuatnya.
“Adam, how mean.”
“You tu, semakin lama semakin kurang ajar. Jangan ingat you tu sepupu I, you boleh berlagak sesuka hati you. Hormatlah I ni as boss or abang you.”
Marah Adam dengan tegas dan lantangnya. Terkebil-kebil mata Mastura mendengarnya. Malu jugalah dengan teguran Adam itu terhadapnya.
“You ni kenapa, dulu tak macam ni pun.”
“You pun dulu taklah melampau macam ni.”
Marah Adam membuak-buak. Dia keluar dari bilik pejabatnya dengan diikuti Mastura dari belakang.

Manja muncul dengan membawa segelas air sejuk mengejutkan Mariam yang baru bersandar ke sofa empuk itu.
“Hah, muka kau sama dengan gambar tu. Kau ni siapa, hantu ke?”
Kata Mariam sambil menjauhkan dirinya dari Manja. Manja ketawa kecil melihat gelagat Mariam yang sedikit takut melihat wajahnya itu.
“Makcik jangan takut, saya bukan hantu. Saya Manja.”
Terang Manja dengan lembutya.
“Jangan panggil aku makcik. Ee...entah dari mana datang, panggil aku makcik pulak.”
Marah Mariam sambil menolak tangan Manja yang ingin menyentuhnya itu. Pada masa yang sama Adam muncul bersama Mastura. Gadis itu dengan beraninya memeluk lengan Adam mesra lagi menggoda.
“Hai, mom.”
Manja turut berpaling dengan panggilan itu. Alangkah terkejutnya Manja apabila melihat kelakuan Mastura itu. Sepantas kilat tangannya yang memegang gelas yang mengandungi jus oren itu terlepas dari tangannya.
“Hei, apa ni...kurang ajar punya budak.”
Mariam terus menolak Manja hingga jatuh terduduk gadis itu dibuatnya. Adam yang melihat perbuatan drastik Mariam itu segera berlari mendapatkan isteri kesayangannya itu.
“Manja, Manja tak apa-apa?”
Soal Adam seraya membantu isterinya itu bangun. Dia tahu begitu sukar untuk gadis itu bangun apabila jatuh sebegitu rupa. Manja menggelengkan kepalanya apabila di soal suaminya yang begitu mengambil berat akannya. Cemburu juga gadis itu apabila melihat suaminya dipeluk perempuan lain.
“Adam, tengoklah orang gaji baru kamu ni. Habis pakaian aunty ni, mahal ni.”
Rungut Mariam dengan nadanya yang lembek dan melerek-lerek. Adam tidak mempedulikan kata-kata Mariam itu sebaliknya membawa isterinya itu beredar dari ruang tamu kediaman mewah itu.
Mastura berlari-lari anak menuju ke arah ibunya sambil merengek-rengek mengadu Adam tidak mempedulikannya. Kakinya dibentak-bentak ke lantai beberapa kali.
“Mak, tengoklah abang Adam tu. Dia tak pedulikan Mas pun.”
Rengek Mastura sambil menarik lengan baju ibunya beberapa kali.
“Sabar ya, mak tahu macam mana nak ajar budak kampung tu.”
Pujuk Mariam sambil mengusap lembut kepala anak tunggalnya itu. Mariam tidak berpuas hati dengan kemunculan Manja itu.
“Kenapa ni, masam je.”
Tegur Adam sambil mencuit pipi Manja. Manja tidak mengendahkannya. Gadis itu tetap menghantar suaminya ke kereta. Masaih awal pagi. Adam perlu kembali ke pejabatnya.
“Oh, sayang abang ni cemburu, ek?”
Manja tetap tidak mengendahkannya. Merajuklah tu. Adam membelakangi Manja kemudian dipeluknya isterinya dari belakang.
“Janganlah macam ni. Perempuan tu sepupu abanglah.”
“Tapi dia cantik, seksi lagi.”
Ujar Manja lembut.
“Abang tak berkenan pun dengan dia. Dalam hati abang cuma ada sayang. Percayalah.”
Manja tersenyum mendengarnya. Hilang rajuknya. Adam kembali ke pejabat setelah memastikan isterinya tidak lagi merajuk dengannya. Dia bertambah gembira melihat isterinya merajuk dan cemburu. Dengan cara itu dia dapat tahu yang cinta isterinya semakin bertambah untuknya.

Mastura berehat di ruang rehat di kediaman mewah itu selepas makan tengah hari. Dia bengang melihat kemesraan Manja dan Adam ketika mereka makan tengah hari bersama-sama tadi.
“Huh, orang gaji macam tu ada hati nak rampas tempat aku. Jangan haraplah.”
Rungut Mastura sendirian. Hatinya penuh rasa cemburu yang membuak-buak. Dia tidak mahu ada sesiapa yang cuba memusnahkan impiannya untuk menjadi isteri orang kaya dan dia tidak mahu lagi hidup merempat seperti dahulu.

“Abang, abang tak beritahu Manja pun yang abang ada mak saudara.”
Kata Manja ketika pasangan itu menghabiskan masa petang mereka di halaman kediaman mewah itu. Manja terus merenung suaminya menanti sebuah jawapan dari suaminya itu. Adam tertunduk seketika mencari idea untuk menjawab pertanyaan isterinya itu. Dia risau jika isterinya itu tidak memahami hatinya jika dia tersalah bicara tentang dua beranak itu.
“Tak payah nak fikirlah. Bagi tahu je yang betul, Manja sudi mendengarnya.”
Kata Manja seraya memegang erat tangan suaminya itu. Adam tersenyum mendengar kata-kata isterinya itu. Kemudian lelaki itu mula bercerita tentang dua beranak itu mengikut acuannya sendiri.
Mariam merupakan kakak kepada Maria, ibu Adam yang meninggal dunia bersama ayahnya di dalam kemalangan jalan raya ketika Adam berumur 9 tahun. Mariam dan Maria merupakan adik beradik berlainan ibu. Apabila ibu Mariam meninggal dunia, Mariam dibela oleh ibu Maria.
Mariam sering disisihkan oleh ayahnya hanya kerana perempuan itu mempunyai perasaan cemburu yang kuat terhadap Maria. Apa sahaja yang dimiliki Maria akan dirampas Mariam. Maria terus disakiti Mariam selepas ibu Maria meninggal dunia.
Ibu dan ayah mereka meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Pada masa itu kereta yang mendapat kemalangan itu turut dinaiki oleh Maria tetapi gadis itu terselamat.
Dalam siasatan polis mendapati brek kenderaan yang dipandu oleh ayah Maria dan Mariam itu gagal berfungsi. Maria pasti ianya ada kaitan dengan seseorang tetapi polis tidak dapat menangkap sesiapapun hanya kerana tidak saksi mahupun bukti untuk dikaitkan dengan kes terbabit.
Harta peninggalan keluarga itu dibahagi sama rata diantara Mariam dan Maria. Mariam tidak berpuas hati kerana ingin membolotnya sendirian. Maria tidak dibenarkan menguruskan pasaraya milik keluarga mereka sebaliknya gadis itu di kurung di rumah.
Suatu hari Maria tidak sengaja terbaca diari Mariam, di dalam diari itu jelas tertulis perbuatannya yang dilakukan terhadap kereta yang dipandu oleh ayah mereka. Di dalam diari itu juga dia mengaku yang dia merancang kemalangan itu dengan harapan Maria yang mati, malangnya ayah dan ibu tirinya yang meninggal dalam kemalangan itu.
Demi menegakkan keadilan dan menyelamatkan nyawanya, Maria keluar dari rumah dengan membawa diari itu ke balai polis. Malangnya perbuatannya itu berjaya dihidu Mariam, Maria diburu dengan dikejar dengan kereta yang dipandu Mariam.
Hampir dua kilometer Maria berlari. Gadis itu hampir dilanggar Mariam tetapi gadis lemah itu berjaya diselamatkan oleh Halim, lelaki itu membawa Maria ke hospital.
Lelaki yang hampir berusia 40 tahun itu dengan sukarelanya menjaga Maria ketika gadis itu sakit di hospital. Halim hairan dengan perbuatan Maria yang asyik memeluk diari yang berkulit hitam itu. Dengan keizinan Maria, Halim mengungkai misteri diari yang dijaga Maria dengan rapi itu.
Lelaki itu berjanji untuk membantu Maria. Mereka membuat laporan polis ketika Maria masih lagi terlantar di hospital. Diari itu sudah cukup untuk membuktikan kesalahan yang dilakukan Mariam. Wanita itu akhirnya disabitkan kesalahan kerana merancang kemalangan yang mengakibatkan kematian ibu bapa mereka.
Malangnya Mariam tidak dipenjarakan mahupun dihukum bunuh atas kesalahannya sebaliknya dia dihantar ke hospital sakit jiwa kerana siasatan dan laporan terperinci oleh doktor mengesahkan gadis itu mengalami sejenis penyakit gila kerana tekanan emosinya sejak dari kecil lagi.
Manja yang mendengar cerita suaminya itu mula takut dengan Mariam. Macam mana pula jika nanti nyawa suaminya menjadi taruhan demi kepuasan mereka anak beranak.
“Habis tu kenapa abang izinkan mereka tinggal di sini?”
Soal Manja dengan nada takutnya.
“Dia kematian suaminya selepas keluarga mereka jatuh muflis. Abang tak sanggup melihat mereka dua beranak tu hidup merempat, jadi abang izinkan mereka tinggal di sini.”
“Abang tak takut ke nanti nyawa abang pula yang menjadi taruhan.”
“Abang tak takut sebab abang dah wasiatkan semua harta abang ni kepada yayasan kebajikan. Manja, tak kisahkan.”
Manja menggelengkan kepalanya. Dia lebih rela jika dia dan suaminya hanya hidup sederhana dari terpaksa hidup dalam ketakutan kerana orang lain yang ingin menangguk di air yang keruh.