Monday, March 2, 2009

Musim Cinta

Manja seorang gadis yang cacat setelah mendapat kemalangan di luar Negara semasa belajar di sana. Hanya kerana kecewa dengan bekas kekasihnya, Faris yang membenci orang cacat terutamanya gadis. Manja menganggap semua lelaki sama dan dia mengambil keputusan untuk merahsiakan kecacatannya dari pengetahuan keluarganya yang terdiri dari tiga orang lelaki.

Rahsia kecacatan Manja itu hanya doktor Abdul yang tahu, satu-satunya lelaki yang dipercayai dalam hidupnya masa itu. Doktor Abdul merupakan doktor peribadi Manja dan juga merangkap abang angkat gadis cacat itu. Doktor Abdul itulah yang banyak membantu Manja memulihkan semangatnya yang hampir hilang itu.

Setelah Manja berjaya menangani krisis kecacatannya itu, gadis itu terus pulang ke Malaysia, dia tidak mahu keluarganya itu mengesyaki sesuatu tentangnya. Namun setelah pulang ke Malaysia, nenek tirinya dapat menghidu sesuatu yang pelik pada dirinya. Mak Som akhirnya menjadi orang yang pertama yang mengetahui rahsia Manja itu.

Kerana terpaksa, Manja mendedahkan rahsianya kepada Hisyam, salah seorang pekerjanya. Hubungan Hisyam dengan Manja juga mula akrab hingga membuatkan gadiss itu semakin dapat melupakan kekasih pertamanya.

Manja mempunyai seorang musuh sejak dia belaajar di luar negara lagi. Sofia membenci Manja hanya kerana Manja dahulu yang berjaya memiliki Faris. Sofia yang melanggar Manja hingga gadis itu mendapat kecacatan kekal pada dirinya itu. Dengan menggunakan alasan itu Sofia terus mengugut Manja hingga ke Malaysia. Kebetulan Sofia menjadi tunang Munir dan impiannya semakin menemui kejayaan kerana dia mahu hubungan kekeluargaan Manja retak dan dengan itu baru hatinya puas.

No comments: